feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Bangkit

Labels: , ,

Jatuh tersunjam
Di laluan siang malam
Menjadi tanah kotor yang hina
dipijak-pijak lumat
Tandus dek keterikan jahiliah

Bangkitkah setelah berubah tanah?
was-wis menyelaput hati-hati
taufah peran selaku abdi
lupa usul diri
tujuan diciptakan

Siram tanah itu dengan hujan ilmu
Sejukkan ia dengan bendungan ma'rib ala saba'
pastikan kebasahannya dengan saliran sungai-sungai mal
Galikan telaga kautsar dengan jengkaut pengorbanan

Bangkit kembali
Pohon yang baik itu
tumbuh semula
akar utuh
Batang menjulang ke langit
tamsilan kalimah toyyibah

Rahsia bangkit dari jatuh
Ada di sebalik pohon itu
Allahu Akbar!










5 comments:
gravatar
Werdah said...
24/2/10 7:36 AM  

Salam Kasturi.

Pagi-pagi dah kak ketemui puisi ini.. tajuknya Bangkit , sama tajuk blog kak.. (Bangkit Kembali) - Jangan Kesali apa yang sudah pergi Jangan tangisi apa yang sudah tiada Binalah kembali apa yang telah hilang dan pergi.

Mudah2an apa yg berlalu, yg baik buat teladan, yg buruk jadikan sempadan.

InsyaAllah nasihat ini disematkan ke dalam hati, mencari ilmu dan cuba mengamalkannya.

gravatar
ahmad humairi said...
24/2/10 8:47 AM  

salam,

moga dengan pengertian puisi ini,
kita bangkit mengamalkan ajaran suci,
menuntut keredaan Ilahi,
kalimah tauhid ditegakkan,
di jiwa umat muslimin, muslimat..

gravatar
cemomoi said...
24/2/10 10:17 AM  

bangkit pagi, nenek aku sebut "bongkah, bongkah!" bila nyuruh cucunya bangun dari tido yang lenaaa

gravatar
Nida said...
25/2/10 7:37 PM  

Salam saudara...

Memang sukar untuk bangkit dari rebah, tapi percayalah setelah kita berjaya bangkit...pasti membuatkan diri ini semakin tabah.. tabah dalam menghadapi ujian mendatang...Insya Allah...

gravatar
tinta kasturi said...
3/3/10 7:43 PM  

> kak werdah
hu hu, masa menaip bangkit kembali tu, mmg teringat blog kak.. memang kena lah tu

> cikgu myri
insyaAllah, sama-sama kita

> cemomoi
bongkah tu apa?

> Nida
org jepun pernah berkata " jatuh 7 kali, bangkitlah 8 kali" jadi tokleh penat nak bangkit setiap kali jatuh

Post a Comment