feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Muncul Semula (beserta hadiah)

salam semua..

Pertama sekali saya memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis di blog sendiri mahupun menmberi komen di blog-blog tuan-puan. Tentunya ada sedikit cabaran serta urusan-urusan yang saya hadapi sepanjang tidak menukil ini. Ada kelapangan selepas ini, insyaAllah saya akan terus menulis bagi mempertahankan keberadaan blog ini.

Di kemunculan semula saya ini, saya ingin 'hadiahkan' jemputan buat tetamu-tetamu, dan rakan-rakan blog semuanya terutama buat pengunjung-pengunjung setia dan rindu-merindu kerana Allah. Jemputan ini khusus ditujukan buat ibu-bapa yang merasakan tanggungjawab mendidik terletak sepenuhnya di bahu masing-masing atas matan sebuah hadis nabi bahawa ibu-bapalah yang menentukan samada anaknya menjadi majusyi, najasyi, nasrani atau Islam. Mutlaknya, anak adalah amanah Allah kepada kita.

Oleh itu, saya ingin menjemput rakan-rakan, muslimin dan muslimat untuk menyertai satu Seminar keibubapaan Muslim bertempat di Masjid Uniten pada 28 November 2010 bertemakan 'Membentuk Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rohmah'. Penceremah jemputan adalh Dr Mohd Ridhuan Tee, Pensyarah Kanan, UPNM dan Dr Mek Wok Mahmud, pensyarah UIA yang pernah dianugerahkan sebagai Best Parenting Lecturer 2006.

Untuk info lanjut sila ke sini :

http://www.usahawanmelayu.com/akhlakanak.html

Mari kita sama-sama sertai majlis ilmu atas rasa keprihatinan terhadap anak-anak kita serta kebimbangan terhadap ancaman-ancaman gejala sosial yang sedang sangat-sangat berleluasa hari ini.

Semoga usaha kita yang sedikit ini dalam menjaga din Allah akan dapat keredhoaan dari Allah. Amin



Read More..



Anti kolesterol

Labels: ,

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang
soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg
membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan
meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi
boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.
Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga
matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.


3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL
sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh
diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.


4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan
khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg
memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya
menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.


5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol
LDL.


6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin
E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL
dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.


7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,
betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol
LDL dlm tubuh.




8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan
diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm
darah sebanyak 8%.


9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat
mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya
dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.



10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya
bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu
sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan
berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg
sesuai.

Read More..



keliru

Satu hari ketika berjalan-jalan di ruang dada akhbar, saya tiba-tiba ditangkap. Bukan oleh ahli tangkap, bukan sebab memiliki dadah, tetapi oleh satu tajuk yang cukup ada daya penangkap. Tangkapan itu membuat minda saya terpenjara seketika dalam ruang lingkup topik yang terpampang gagah tersebut.Memikir, menghalusi, menaakul sekitar topik itu mencetuskan gerakan menyelongkar maklumat tambahan. Sememangnya apa yang diperkatakan itu agak keluar dari kepompong budaya masyarakat di sini. Lantas persoalan wajarkah? benarkah? patutkah? Tepatkah? berlegar-legar mengelilingi otak yang jarang-jarang bersenam begini.

Legaran kebingungan itu semakin ligat berpusing apabila mengenangkan kenyataan terpampang itu datangnya dari orang yang bukan calang-calang. Kepala saya seakan dilempang oleh kisah yang terpampang itu, yang kemudiannya membawa kepada rasa pening dan seperti ingin muntah. Keliru antara lntelektual dan kejahilan orang yang bukan calang-calang yang namanya turut terpampang.

Kisah ini bukan baru. Ini kisah yang di ulang dan berulang. Berulang-ulang sehingga menimbulkan rasa pening dan ingin muntah bagi siapa yang terhanyut dalam episod ulang-berulang ini. Pening yang dicetus dek kerana tidak bertemu titik henti ulang-berulang. Pening yang hanya timbul oleh orang yang hanyut dalam episod ulang-alik belum berkesudahan ini. Menjadi seakan musafir yang sesat di padang pasir. Kurang petunjuk serta mengalami dehidrasi berlebihan yang mencetuskan delusi dan halusinasi luar kewarasan.


Kisah ini timbul oleh kerana keliru. Dacing nafsu dan akal yang menyenget lebih ke nafsu, lalu tercetuslah kekeliruan seperti musafir terlebih dehidrasi. Orang dilihatnya seperti binatang, boleh disembelih, dipotong-potong, di goreng, di makan atau dimasukkan dalam plastik lalu dibuang di tong sampah serta mangkuk jamban. Air-air pendidikan yang bersih, suci, murni kurang dibekalkan ke sel-sel pertimbangan meletakkan status al insan yang layaknya di nobat sebagai khalifah Allah, di perusuk jauh ke kerak paling bawah sehina-hinanya, lebih hina dari binatang. "balhum adhol".




Ramai yang terbelalak dengan penonjolan akhlak kebinatangan di media-media masa. Baik dari yang tinggal di gunung-gunung tinggi, mahupun yang beralamatkan lembah-lembah tak tinggi. Lantas masing-masing memberikan saranan-saranan bagi membunuh virus akhlak binatang ini daripada menjangkiti koloni manusia. Termasuk antaranya cadangan orang popular tempat tinggi yang memusing-musingkan kotak minda sehingga pening. Pening yang lebih disebabkan memikirkan kenapa jenis orang tempat tinggi yang menikmati view luas mengutarakan cadangan tak seluas nikmat view luas yang Allah kurniakan.


" Pusat kutipan bayi tak terpakai harus di wujudkan di negara ini, jadi bagi sesiapa yang tidak mahu bayi mereka bolehlah menyerahkan mereka kepada pusat ini" Begitulah lebih kurang salah satu ubat yang difikir baik untuk menyelesaikan penyakit berjangkit ini. Saya ingin sarankan juga bagi penubuhan pusat ini, supaya mendapat sambutan yang lebih, pastikan tiada kamera cctv yang dipasang. ini supaya pemilik bayi yang ingin menghantar tidak berasa malu untuk meletakkan bayi-bayi comel mereka. Jawatan pengawal keselamatan juga tiak iperlukan untuk institusi ini, supaya pembekal bayi ini lebih yakin menembusi pagar. Selain itu, pasangkan loceng pemberitahuan di tembok pagar supaya selepas menghantar bayi di depan pintu, mereka bolehlah bergegas keluar pagar, cepat-cepat memicit loceng sambil kemudiannya bertemperian lari untuk mengelakkan rasa malu atas sumbangan yang diberikan kepada Pusat kutipan bayi ini. Loceng ini juga bagi mengejutkan penjaga dalam bangunan ini (kebiasaaan penghantaran dilakukan antara waktu inihari sehingga sebelum subuh) supaya tidak membiarkan bayi yang dihantar kesejukan atau digigit semut.
Kebenakan pemikiran ini menggigit-gigit lembut otak saya. Ini adalah corak pemikiran manusia kebanyakan dewasa ini. Entah penjenayah otak mana yang meragut pemikiran suci murni yang lebih rasional. Yang pastinya, penjenayah otak ini lebih dahsyat berbanding pemproses dadah. Sebab merekalah, pemproses dadah hadir di persada dunia penjenayah. Penjenayah otak yang wujud ini saya yakin bukan buatan tempatan tetapi lebih bersifat global. Mereka berjaya menanam corak pemikiran songsang dengan seni jenayah yang cukup halus sehinggakan jenayah yang layaknya di nobat berstatus antarabangsa ini gagal langsung dihidu oleh polis antarabangsa.
Dunia ini semakin dipenuh pepakkan dengan pelbagai jenis penyakit baru dan lama. Pada zaman dahulu, ketika mesin-mesin perubatan serta ubat-ubat pelbagai fungsi belum wujud, penyakit-penyakit tidaklah sebanyak yang ada sekarang ini. Menurut kajian mata fikir saya, peningkatan penyakit-penyakit sedunia berkadar langsung dengan peningkatan ubat-ubat dan mesin-mesin perubatan. Semakin tinggi pemikiran dan kajian terhadap penyakit semakin banyak penyakit yang datang. Semakin fokus terhadap perawatan penyakit semakin bertambah kes-kes penyakit yang di daftar di hospital. Semakin banyak duit disalur untuk merawat penyakit, statistik penyakit dan kes-kes melonjak-lonjak. Semakin banyak juga duit-duit poket yang dihadam oleh hospital dan klinik-klinik. Ini merupakan satu perkembangan yang negatif hasil dari kerosakan sistem fikir. Manusia cenderung merawat dari mencegah. Lebih hodoh lagi, rawatannnya lebih-lebih lagi ala moden bersifat menentang atau memberhentikan simptom daripada mengesan dan merawat punca sebenar. Ibarat dinding rumah yang retak-retak, di tampal sahaja tanpa mengkaji dan mengesan serta membetulkan puncanya. Fokus kebanyakan lebih kepada merawat penyakit bukan mencegah. Lebih banyak dana yang dibelanjakan untuk tujuan perawatan berbanding pencegahan. Sedangkan perbelanjaan untuk mencegah itu sudah semestinya jauh lebih murah berbanding merawat. Dalam erti kata mudahnya, ini adalah satu bentuk pemikiran yang menjurus kepada pemborosan. Bila minda terfokus lebih untuk merawat berbaning mencegah, maka timbullah idea-idea pelik seperti menubuhkan pusat kutipan bayi setelah manusia sawa matang (kebanyakannya) dihinggapi virus "balhum adhol".


Tidak lama selepas pusat kutipan bayi tenggelam dalam lautan berita-berita sensai lain yang terpampang, sekonyong-konyong muncul pula episod baru yang lama, iaitu berkenaan pendidikan kelamin untuk anak-anak. Dengan kenyataan yang sangat umum itu oleh penduduk kawasan tinggi-tinggi, tentulah ia cukup menangkap kepala minda saya yang sedang berjalan-jalan di dada akhbar. Dengan tangkapan kejap itu, cadangan yang sangat umum tanpa huraian lanjut sangat merangsang mata fikir siapa sahaja yang membaca untuk merumuskan sesuatu. Sebutr sahaja begitu cadangannya, terpancarlah gambaran anak-anak kecil yang diajar tentang kelamin dan ehwal kelamin. dari mata fikir turun jauh ke dalam hati menyebabkan getaran keraguan dan bimbang terbit. Cadangan ini sangat asing dari budaya kita. Hati dan kepala mula bersenam dan berdialog. Perlukah? Wajarkah? Tepatkah?


Katanya tujuan diadakan subjek itu supaya anak-anak dapat tahu kesan negatif jika melaksanakan salah laku kelamin. Wah, kalau begitu saya ingin cadangkan kita adakan pendidikan rempit, dadah, ragut, kongsi gelap dan lain-lain lagi. Sekali lagi, ini juga hasil jenayah halus yang meragut pemikiran suci. Daripada memusatkan pemikiran kepada penyakit, lebih bagus memusatkan segenap pemikiran, usaha dan tindakan kepada penjagaan kesihatan. Daripada mewujudkan pendidikan kelamin, lebih baik dan bagus mewujudkan subjek motivasi @ kesedaran di kalangan pelajar. Fokuskan lebih kepada bagaimana mendidik anak menjadi baik. Kita dan apa yang kita ada hari ini aalah hasil dari apa yang paling banyak kita tumpukan, fikirkan. Lebih cenderung kita memikirkan masalah berbanding penyelesaian, lebih bermasalahlah. Lebih cenderung kita memikirkan kemiskinan yang melanda, semakin kurang duit dalam poket kita. Lebih memusat fikir kita terhaap kegagalan, usaha dan tindakan kita akan menyusul membawa kepada kegagalan. Fikirkan dan pusatkanlah kepada kesejahteraan lebih berbanding keazaban. Fokuskan dan hadapkan wajah kita kepada yang sebetul-betul dan setepat-tepat perkara yang perlu kita tumpukan dalam kehidupan sementara ini. Hadapkan kepada din Allah, din Islam, din yang mensejahterakan bukan mengazabkan.


" Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam), fitrah Allah yang mencipta manusia atas fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah yang menetapkan manusia atas fitrah itu. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Ar rum : 30)



Read More..



Insyirah

Labels: ,

BERBUAT BAIK MELAPANGKAN DADA

Kebajikan itu sebajik namanya, keramahan seramah wujudnya, dan
kebaikan sebaik rasanya. Orang-orang yang pertama kali akan dapat
merasakan manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya.
Mereka akan merasakan "buah"nya seketika itu juga dalam jiwa, akhlak,
dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang,
tenteram dan damai.

Ketika diri Anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah
terhadap sesama manusia, niscaya Anda akan mendapatkan ketentraman
dan kedamaian hati. Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang-orang
yang terzalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang
yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang
terkena musibah, niscaya Anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua
sisi kehidupan Anda!

Perbuatan baik itu laksana wewangian yang tidak hanya mendatangkan
manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang-orang yang berada di sekitarnya.
Dan manfaat psikologis dari kebajikan itu terasa seperti obat-obat manjur
yang tersedia di apotik orang-orang yang berhati baik dan bersih.
Menebar senyum manis kepada orang-orang yang "miskin akhlak"
merupakan sedekah jariyah. Ini, tersirat dalam tuntunan akhlak yang
berbunyi, "... meski engkau hanya menemui saudaramu dengan wajah berseri."
(Al-Hadits)

Sedang kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit
terhadap orang lain yang hanya diketahui terjadinya oleh Yang MAha Ghaib.
Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang
kehausan dapat membuahkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Ini merupakan bukti bahwa Sang Pemberi pahala adalah Dzat Yang Maha
Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebajikan, serta Maha Kaya lagi
Maha Terpuji.

Wahai orang-orang yang merasa terancam oleh himpitan kesengsaraan,
kecemasan dan kegundahan hidup, kunjungilah taman-taman kebajikan,
sibukkan diri kalian dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong,
dan meringankan beban sesama. Dengan semua itu, niscaya kalian akan
mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisinya; rasa, warna, dan juga
hakekatnya.

{Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus
dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan
Rabb-nya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.}
(QS. Al-Lail: 19-21)

(petikan buku La Tahzan)

Read More..



Utuh

Labels: ,

Batu takkan jadi penghalang

Walau besarnya seperti anak gajah atau bapa gajah

Daratan bukan sekatan

Walau jalanan mencetak likuan

Pengembaraan ini tiada henti

Berkitaran melukis roda keseimbangan alam



Halanglah !

tetap aku terus !


Read More..



Hari ini

Labels:

Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Dengan penuh penghayatan, bayangkan kita hanya ada hari ini sahaja untuk hidup. Esok untuk kita tiada lagi. Bayangkan kita tahu hakikat itu hari ini, bagaimana rasanya? Apa yang kita bakal lakukan hari ini? Berhenti membaca seketika dan bayangkanlah dengan halus.. bagaimana?

Dalam keadaan kita yang tahu hanya ada hari ini, Bila kita berkata-kata dengan orang, bagaimana cara kita berbicara? perkataan yang bagaimana kita akan gunakan? Bagaimana ekspresi wajah yang kita pamerkan saat berbicara? Andai ini hari yang terakhir, pasti semuanya akan kita katakan dengan lemah-lembut, menjaga tatasusila, bersopan santun agar tidak mengguris siapa pun. Bahkan kita akan cuba ungkapkan kalimah-kalimah yang paling sedap didengari telinga. Terutamanya buat orang-orang yang terdekat dengan kita, orang-orang yang kita sayang.

Saat ini, andai kita mafhum bahawa esok tidak akan muncul, bagaimana bertindak balas dengan tekanan. Baik tekanan keluarga, kerja dari sahabat-sahabat atau dari apa sahaja? Bagaimana kita menghadapi cabaran baru hari ini sedang kita tahu esok sudah tidak ada? Tentu bebannya yang asal 20kg boleh mendadak turun kepada 5kg atau sekilo mungkin. Tenang akan menyambut sebarang cabaran. Tindakan juga pasti tidak ketinggalan sebab kita tahu yang ada hanya hari ini.

Hari ini sahaja yang tinggal untuk kita. Bagaimana kita melayan kedua ibubapa? bantuan apa yang kita hulurkan buat isteri? Pesanan apa yang kita tinggalkan buat anak-anak? Orang-orang yang terdekat, orang-orang yang tersayang ini, bagaimana kita menghargainya selama ini, bagaimana pula dengan hari ini, hari yang terakhir untuk kita.

Bagaimana pula hubungan kita dengan Allah. Untuk peluang terakhir hari ini. Solat sesempurna mungkin, Menghayati bait-bait kalimahNya dalam kitab suci, Pohon keampunan dan meniggalkan segala kejahatan baik yang tampak mahupun yang tersorok. Bersedia menghadapi saat-saat dihisab. Tentu sesuatu yang meresahkan hati sehingga setiap suatu yang dibuat hari ini, pasti niatnya tidak lain semata-mata kerana Allah. Semua tindakan dilakukan atas nama ibadah.

Jadikan hari ini, dan setiap hari, hari yang terakhir dalam hidup kita. Tentu manfaatnya tinggi. Kualiti hari-hari yang kita bernafas di dalamnya pasti tidak mengecewakan. Tentu hari ini bakal memahat memori terindah dalam diari hidup.

Semalam adalah hari yang telah berlalu. Datangkanlah segenap kekayaan di bumi, pasti tidak akan dapat mengembalikannya. Apa yang berlaku yang tidak molek pada pandangan mata atau hasrat dihati jangan kita tangisi. Jadikan pelajaran untuk lalui hari ini. Yang penting adalah hari ini. Esok belum pasti kita ada. Jangan terlalu serabutkan diri dengan apa yang bakal berlaku esok. Yang penting hari ini, jadikannya hari yang terakhir.

Read More..



Bangkit

Labels: , ,

Jatuh tersunjam
Di laluan siang malam
Menjadi tanah kotor yang hina
dipijak-pijak lumat
Tandus dek keterikan jahiliah

Bangkitkah setelah berubah tanah?
was-wis menyelaput hati-hati
taufah peran selaku abdi
lupa usul diri
tujuan diciptakan

Siram tanah itu dengan hujan ilmu
Sejukkan ia dengan bendungan ma'rib ala saba'
pastikan kebasahannya dengan saliran sungai-sungai mal
Galikan telaga kautsar dengan jengkaut pengorbanan

Bangkit kembali
Pohon yang baik itu
tumbuh semula
akar utuh
Batang menjulang ke langit
tamsilan kalimah toyyibah

Rahsia bangkit dari jatuh
Ada di sebalik pohon itu
Allahu Akbar!






Read More..



Ayaq

Labels: ,

KHASIAT TABIAT MINUM AIR

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan





Read More..



Mutmainnah

Labels:

"Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku,
dan masuklah ke dalam surga-Ku"
(Al Fajr : 27-30)

jiwa mesti mau kasi tenang!

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram" (ArRa'd:13)

Tenang kunci Menang @ fath

"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (AlFath:4)

"Sesungguhnya Allah telah rida terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dengan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)" (AlFath:18)

"Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (yaitu) kesombongan jahiliah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (AlFath:26)








Read More..