feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Tinta Kasturi

Salam..
Permulaan kali kedua dalam usaha aku untuk menulis, menulis dan menulis...
Tinta bermaksud dakwat. Simboliknya dakwat dapat dikaitkan dengan penulisan. Aku sememangnya minat untuk menulis walaupun tak pernah pergi mana-mana kursus-kursus penulisan malah tidak juga pernah membaca kaedah penulisan yang betul kecuali semasa di sekolah dulu dan yang terakhir adalah buku " Cara duit mudah dengan menjadi penulis bebas (kalau tidak salah tajuknya)" karya Zamri Mohamad.
Bukanlah niat utama aku menulis untuk mencari duit dengan mudah (seperti tajuk buku yang aku baca) (walaupun ada sikit-sikit harapan untuk ke arah itu). Hakikatnya, aku ingin dan suka menulis kerana beberapa sebab. Menulis memberi aku ruang untuk mengeluarkan segala idea atau fikiranku tentang apa sahaja baik yang aku lihat, dengar, baca atau yang terlintas dalam hati dan mindaku. Dengan demikian, kesemua itu dapat dikekalkan dalam bentuk catatan yang boleh dirujuk semula. Aktiviti ini juga biasa disenaraikan sebagai salah satu cara terbaik dalam menguruskan tekanan. Sememangnya aku akui sebagai manusia biasa, memamng tak lari dari tekanan seperti orang lain juga.
Apabila aku menulis, aku sebenarnya melakukan proses pengeluaran (output) atas penerimaan (input) terhadap sesuatu seperti yang dijelasan di atas samada dari proses mendengar, melihat, membaca, mengintrepetasi dan lain-lain. Amalan mengeluarkan semula apa yang diperolehi mampu membuatkan apa yang aku terima itu lebih difahami dan lebih dingati. Apabila sesuatu pelajaran itu telah terpahat menjadi memori, ia akan membantu aku mengamalkan ilmu yang telah aku dapat. Jadi, ilmu yang diperoleh itu akhirnya tidak sekadar ilmu yang dibicarakan mahupun ditulis, tetapi ia menjadi suatu yang sangat bermanfaat bila mana ia diamalkan.. InsyaAllah.
Salah satu yang bakal aku tulis termasuk pengalaman yang aku lalui. Semua yang pernah aku pelajari dari kehidupan ini akan dicoretkan dan menjadi peajaran aku di masa-masa hadapan apabila menemukan pengalaman yang sama atau lebih kurang sama. Dalam erti kata lainnya, ini mampu mematangkan lagi diri aku. Selain itu, ia juga membantu aku dalam membuat suatu keputusan dengan lebih cepat. Cepat membuat keputusan bermakna aku dapat menjimatkan masa. Pepatah mengatakan masa itu emas (time is money). Jadi jika aku dapat jimatkan masa.. aku boleh jadi kaya.. :D
Antara yang paling menyeronokkan aku dalam menulis ini adalah berkongsi ilmu. Aku sangat minat dalam hal ini sebab aku yakin amalan menyebarkan ilmu suatu yang sangat mulia dalam Islam. Lebih-lebih lagi apabila ilmu yang disampaikan itu dapat diamalkan oleh orang yang menerimanya. Aku teringat dalam sebuah hadis Rasulullah yang mengatakan apabila mati anak Adam, semua amalannya terputus melainkan 3 perkara yang mana satu darinya adalah ilmu yang bermanfaat. Bermakna ilmu yang baik yang disampaikan dan menjadi ikutan dan amalan orang-orang yang menrimanya. Dalam perkongsian secara bicara aku mungkin akan hadapai cabaran untuk menjelaskan dengan perinci, ini dapat diatasi dengan kaedah menulis. Maka, dengan menulis, aku harapkan dapat menyampaikan ilmu dan pengalaman dengan lebih mendalam. Bahkan kebiasaan aku mencoretkan dengan perinci pasti memudahkan aku bicara dengan perinci. Ini terkait dengan penjelasan tentang memori seperti di atas.
Ini dahulu sebagai mukaddimah.. InsyaAllah sambungannya nanti masih berkisar mukaddimah iaitu menulis. Untuk permulaan ini, biar aku perjelaskan dengan sebenar-benarnya kepada diri aku terutamanya dan kepada sahabat-sahabat yang sudi bertandang ke mari kenapa aku mahu menulis? kenapa aku minat menulis?. Aku juga akan menjelaskan apa disebalik kasturi dan kaitannya dengan tinta.. InsyaAllah. wassalam.
Read More..