feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Anti kolesterol

Labels: ,

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang
soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg
membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan
meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi
boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.
Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga
matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.


3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL
sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh
diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.


4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan
khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg
memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya
menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.


5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol
LDL.


6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin
E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL
dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.


7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,
betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol
LDL dlm tubuh.




8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan
diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm
darah sebanyak 8%.


9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat
mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya
dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.



10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya
bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu
sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan
berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg
sesuai.

Read More..



keliru

Satu hari ketika berjalan-jalan di ruang dada akhbar, saya tiba-tiba ditangkap. Bukan oleh ahli tangkap, bukan sebab memiliki dadah, tetapi oleh satu tajuk yang cukup ada daya penangkap. Tangkapan itu membuat minda saya terpenjara seketika dalam ruang lingkup topik yang terpampang gagah tersebut.Memikir, menghalusi, menaakul sekitar topik itu mencetuskan gerakan menyelongkar maklumat tambahan. Sememangnya apa yang diperkatakan itu agak keluar dari kepompong budaya masyarakat di sini. Lantas persoalan wajarkah? benarkah? patutkah? Tepatkah? berlegar-legar mengelilingi otak yang jarang-jarang bersenam begini.

Legaran kebingungan itu semakin ligat berpusing apabila mengenangkan kenyataan terpampang itu datangnya dari orang yang bukan calang-calang. Kepala saya seakan dilempang oleh kisah yang terpampang itu, yang kemudiannya membawa kepada rasa pening dan seperti ingin muntah. Keliru antara lntelektual dan kejahilan orang yang bukan calang-calang yang namanya turut terpampang.

Kisah ini bukan baru. Ini kisah yang di ulang dan berulang. Berulang-ulang sehingga menimbulkan rasa pening dan ingin muntah bagi siapa yang terhanyut dalam episod ulang-berulang ini. Pening yang dicetus dek kerana tidak bertemu titik henti ulang-berulang. Pening yang hanya timbul oleh orang yang hanyut dalam episod ulang-alik belum berkesudahan ini. Menjadi seakan musafir yang sesat di padang pasir. Kurang petunjuk serta mengalami dehidrasi berlebihan yang mencetuskan delusi dan halusinasi luar kewarasan.


Kisah ini timbul oleh kerana keliru. Dacing nafsu dan akal yang menyenget lebih ke nafsu, lalu tercetuslah kekeliruan seperti musafir terlebih dehidrasi. Orang dilihatnya seperti binatang, boleh disembelih, dipotong-potong, di goreng, di makan atau dimasukkan dalam plastik lalu dibuang di tong sampah serta mangkuk jamban. Air-air pendidikan yang bersih, suci, murni kurang dibekalkan ke sel-sel pertimbangan meletakkan status al insan yang layaknya di nobat sebagai khalifah Allah, di perusuk jauh ke kerak paling bawah sehina-hinanya, lebih hina dari binatang. "balhum adhol".




Ramai yang terbelalak dengan penonjolan akhlak kebinatangan di media-media masa. Baik dari yang tinggal di gunung-gunung tinggi, mahupun yang beralamatkan lembah-lembah tak tinggi. Lantas masing-masing memberikan saranan-saranan bagi membunuh virus akhlak binatang ini daripada menjangkiti koloni manusia. Termasuk antaranya cadangan orang popular tempat tinggi yang memusing-musingkan kotak minda sehingga pening. Pening yang lebih disebabkan memikirkan kenapa jenis orang tempat tinggi yang menikmati view luas mengutarakan cadangan tak seluas nikmat view luas yang Allah kurniakan.


" Pusat kutipan bayi tak terpakai harus di wujudkan di negara ini, jadi bagi sesiapa yang tidak mahu bayi mereka bolehlah menyerahkan mereka kepada pusat ini" Begitulah lebih kurang salah satu ubat yang difikir baik untuk menyelesaikan penyakit berjangkit ini. Saya ingin sarankan juga bagi penubuhan pusat ini, supaya mendapat sambutan yang lebih, pastikan tiada kamera cctv yang dipasang. ini supaya pemilik bayi yang ingin menghantar tidak berasa malu untuk meletakkan bayi-bayi comel mereka. Jawatan pengawal keselamatan juga tiak iperlukan untuk institusi ini, supaya pembekal bayi ini lebih yakin menembusi pagar. Selain itu, pasangkan loceng pemberitahuan di tembok pagar supaya selepas menghantar bayi di depan pintu, mereka bolehlah bergegas keluar pagar, cepat-cepat memicit loceng sambil kemudiannya bertemperian lari untuk mengelakkan rasa malu atas sumbangan yang diberikan kepada Pusat kutipan bayi ini. Loceng ini juga bagi mengejutkan penjaga dalam bangunan ini (kebiasaaan penghantaran dilakukan antara waktu inihari sehingga sebelum subuh) supaya tidak membiarkan bayi yang dihantar kesejukan atau digigit semut.
Kebenakan pemikiran ini menggigit-gigit lembut otak saya. Ini adalah corak pemikiran manusia kebanyakan dewasa ini. Entah penjenayah otak mana yang meragut pemikiran suci murni yang lebih rasional. Yang pastinya, penjenayah otak ini lebih dahsyat berbanding pemproses dadah. Sebab merekalah, pemproses dadah hadir di persada dunia penjenayah. Penjenayah otak yang wujud ini saya yakin bukan buatan tempatan tetapi lebih bersifat global. Mereka berjaya menanam corak pemikiran songsang dengan seni jenayah yang cukup halus sehinggakan jenayah yang layaknya di nobat berstatus antarabangsa ini gagal langsung dihidu oleh polis antarabangsa.
Dunia ini semakin dipenuh pepakkan dengan pelbagai jenis penyakit baru dan lama. Pada zaman dahulu, ketika mesin-mesin perubatan serta ubat-ubat pelbagai fungsi belum wujud, penyakit-penyakit tidaklah sebanyak yang ada sekarang ini. Menurut kajian mata fikir saya, peningkatan penyakit-penyakit sedunia berkadar langsung dengan peningkatan ubat-ubat dan mesin-mesin perubatan. Semakin tinggi pemikiran dan kajian terhadap penyakit semakin banyak penyakit yang datang. Semakin fokus terhadap perawatan penyakit semakin bertambah kes-kes penyakit yang di daftar di hospital. Semakin banyak duit disalur untuk merawat penyakit, statistik penyakit dan kes-kes melonjak-lonjak. Semakin banyak juga duit-duit poket yang dihadam oleh hospital dan klinik-klinik. Ini merupakan satu perkembangan yang negatif hasil dari kerosakan sistem fikir. Manusia cenderung merawat dari mencegah. Lebih hodoh lagi, rawatannnya lebih-lebih lagi ala moden bersifat menentang atau memberhentikan simptom daripada mengesan dan merawat punca sebenar. Ibarat dinding rumah yang retak-retak, di tampal sahaja tanpa mengkaji dan mengesan serta membetulkan puncanya. Fokus kebanyakan lebih kepada merawat penyakit bukan mencegah. Lebih banyak dana yang dibelanjakan untuk tujuan perawatan berbanding pencegahan. Sedangkan perbelanjaan untuk mencegah itu sudah semestinya jauh lebih murah berbanding merawat. Dalam erti kata mudahnya, ini adalah satu bentuk pemikiran yang menjurus kepada pemborosan. Bila minda terfokus lebih untuk merawat berbaning mencegah, maka timbullah idea-idea pelik seperti menubuhkan pusat kutipan bayi setelah manusia sawa matang (kebanyakannya) dihinggapi virus "balhum adhol".


Tidak lama selepas pusat kutipan bayi tenggelam dalam lautan berita-berita sensai lain yang terpampang, sekonyong-konyong muncul pula episod baru yang lama, iaitu berkenaan pendidikan kelamin untuk anak-anak. Dengan kenyataan yang sangat umum itu oleh penduduk kawasan tinggi-tinggi, tentulah ia cukup menangkap kepala minda saya yang sedang berjalan-jalan di dada akhbar. Dengan tangkapan kejap itu, cadangan yang sangat umum tanpa huraian lanjut sangat merangsang mata fikir siapa sahaja yang membaca untuk merumuskan sesuatu. Sebutr sahaja begitu cadangannya, terpancarlah gambaran anak-anak kecil yang diajar tentang kelamin dan ehwal kelamin. dari mata fikir turun jauh ke dalam hati menyebabkan getaran keraguan dan bimbang terbit. Cadangan ini sangat asing dari budaya kita. Hati dan kepala mula bersenam dan berdialog. Perlukah? Wajarkah? Tepatkah?


Katanya tujuan diadakan subjek itu supaya anak-anak dapat tahu kesan negatif jika melaksanakan salah laku kelamin. Wah, kalau begitu saya ingin cadangkan kita adakan pendidikan rempit, dadah, ragut, kongsi gelap dan lain-lain lagi. Sekali lagi, ini juga hasil jenayah halus yang meragut pemikiran suci. Daripada memusatkan pemikiran kepada penyakit, lebih bagus memusatkan segenap pemikiran, usaha dan tindakan kepada penjagaan kesihatan. Daripada mewujudkan pendidikan kelamin, lebih baik dan bagus mewujudkan subjek motivasi @ kesedaran di kalangan pelajar. Fokuskan lebih kepada bagaimana mendidik anak menjadi baik. Kita dan apa yang kita ada hari ini aalah hasil dari apa yang paling banyak kita tumpukan, fikirkan. Lebih cenderung kita memikirkan masalah berbanding penyelesaian, lebih bermasalahlah. Lebih cenderung kita memikirkan kemiskinan yang melanda, semakin kurang duit dalam poket kita. Lebih memusat fikir kita terhaap kegagalan, usaha dan tindakan kita akan menyusul membawa kepada kegagalan. Fikirkan dan pusatkanlah kepada kesejahteraan lebih berbanding keazaban. Fokuskan dan hadapkan wajah kita kepada yang sebetul-betul dan setepat-tepat perkara yang perlu kita tumpukan dalam kehidupan sementara ini. Hadapkan kepada din Allah, din Islam, din yang mensejahterakan bukan mengazabkan.


" Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam), fitrah Allah yang mencipta manusia atas fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah yang menetapkan manusia atas fitrah itu. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Ar rum : 30)



Read More..