feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Ayaq

Labels: ,

KHASIAT TABIAT MINUM AIR

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan









12 comments:
gravatar
Werdah said...
11/2/10 12:52 PM  

Salam Kasturi,

fakta yang banyak kebenarannya.. kak amalkan minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari.. sediakan bekas sebagai pengukur.. jika tak, tak tahu banyak mana kita minum.. insyaAllah.

gravatar
sharamli said...
11/2/10 1:24 PM  

sy xpenah minum air sampai 3 4 gelas sehari...
kena marah baru nk minum..
bila baca ni rasa takut lak..
tq

gravatar
zue said...
11/2/10 4:45 PM  

salam kasturi,
dgn cuaca yg panas skrg ni mmg kena minum air masak byk2 tapi bukan yg ber ais.

gravatar
Abd Razak said...
11/2/10 5:38 PM  

Salam..:)

Kadangkali sampai lupa nak minum :)

gravatar
ahmad humairi said...
11/2/10 6:46 PM  

minumlah...jangan sampai tak minum lak...makan buah...temikai ke , limo ke...ape-epe le...

gravatar
Mybabah said...
12/2/10 12:03 AM  

Salam saudaraku Kasturi. Apa khabar? Saya masih teringat pesan kasturi semasa saya mula berblog beberapa bulan lalu. Kata-kata anda benar. Jazakaullahu khairan kathiran.

gravatar
Nida said...
12/2/10 10:15 AM  

Salam...

Alhamdulillah.. boleh buat koleksi nota Biologiku... bolehlah dikongsi ilmu ini dengan pelajar2

gravatar
cemomoi said...
12/2/10 11:00 AM  

aiseh... baca entri ni teringat plak tadi meting tertinggal pulak air meneral...

gravatar
tinta kasturi said...
12/2/10 11:03 PM  

> kak werdah
cadangan yang menarik. terima kasih

> sharamli
alhamdulillah, moga manfaat

> zue
betul tu

> abd razak
moga artikel ni manfaat

> cikgu myri
ok gak tu

> my babah
tahniah atas blog sedara yang semakin meriah

> Nida
boleh2, artikel ni pun sebenanya ambik dari emel org bagi. Rasanya tulisan semacam ini berkesan sehingga membawa kepada tindakan kan.. itu yang terbaik dalam menulis..

> cemomoi
bawak botol besar gi pejabat, jgn malu2..

gravatar
secangkir madu merah said...
17/2/10 4:49 PM  

terima kasih tuan kasturi kerana berkongsi informasi...

gravatar
syahbandar87 said...
21/2/10 5:41 AM  

ya Allah..tu baru hilang 2peratus..saya fikir klu hilang smpi 5peratus mungkin boleh bawa maut kut..sama juga dalam kes suhu badan manusia..bezanya hanyalah 1-3darjah celcius shja..namun kesannya amatlah ketara..

hmm..tiba2 menceritakan tentang air..mungkin juga merupakan kesedaran tuan rumah tentang pentingnya menjaga kesihatan..terima kasih untuk info yang sangat berguna ini..

saya masih tertanya-tanya..apakah penyakit yang dialami saudara ye semenjak kebelakangan ini sehinggakan terpaksa bercuti dari medan blog ini dalam tempoh yang panjang

gravatar
tinta kasturi said...
24/2/10 12:25 AM  

> madu merah
sama-sama

> syah
terima kasih lagi ats kprihatinn,
sy sihat2 je benonye tu hari, kesihatan antara kecenderungan diri sy juga selain pendidikan :). cuma ada cabaran kit nak kena setle..
(melibatkan masa, tenaga, fikir)
sampai tak sempat nak berblog
(plus xbrapa ada mood sbb nak selesaikn urusan2 yg perlu diselesaikan)

alhamdulillah, so far dah ok. tak mo nak ingat2 sgt. pandang terus ke depan (jgn pndg belakang.. he he, melainkan jika perlu)

Post a Comment