feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Musafir Dinihari

Labels:

berjalan aku di dinihari
meronda sepi tanpa teman
mencari suatu yang tak pasti
keliru akan rasa hati

(*)

getaran dosa menggegar rasa
embun pagi menggigit resah
menyeram kulit
memuntah insaf
melimpah kolam air kelopak
membasah kering amal
menadah keampunan
(itu yang aku cari)

(*)

Ya Allah Engkaulah Robku
Tidak ada Ilah melainkan Engkau
Engkau menciptakan aku dan aku hambaMu
dan aku berada atas janjiMu
dan aku menepatiinya semampu aku
Aku mengakui akan nikmatMu atas ku
dan aku mengakui betapa aku punya dosa
Maka ampunkanlah aku Ya Allah
Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa
melainkan Engkau








13 comments:
gravatar
Abd Razak said...
17/11/09 6:35 AM  

Assalamualaikum...

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Minta ampunlah akan dosa yang telah dilakukan...

gravatar
Unknown said...
17/11/09 7:11 AM  

Salam Kasturi. Syukur kita mempunyai pandu arah apabila menempuh keadaan yang sedemikian. Tempat mengadu paling afdal Allah azzawajalla yang setia mendengar keluh resah hamba-Nya. Bayangkan orang yang tidak ke Sana jiwanya...

gravatar
aemananakku said...
17/11/09 7:56 AM  

Salam ya tuan punya blog:

Dosa lama menggamit resah..
keresahan yang berpanjangan
menusuk jantung kalbu
merobek ketenangan di jiwa
lantaran mengenang dosa2 silam

Lantas sujud kita pada yang yang satu
mohon agar doa diperkenan
mohon agar dosa diampuni
mohon agar ada sinar yang menerangi
dalam menyuluh perjalanan yang berliku....

Insya Allah...

gravatar
Nida n' Hanafi said...
17/11/09 8:06 AM  

Salam..

"ibu" kat atas tu komen dari saya.. lupa nak tukar alamat emel masa klik post comment tadi.. maaf atas kesilapan yg tak disengajakan :)

gravatar
setiakasih said...
17/11/09 10:25 AM  

kesedaran tu yang penting...

gravatar
Leenoh said...
17/11/09 6:46 PM  

Salam Kasturi.

Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa
melainkan Engkau

Itulah hakikat, itulah juga kebenaran.

Itulah jua yang diminta.
Itulah jua yang diharap.
Itulah jua yang didoakan.

Amin ya robbal alamin.

gravatar
Basuh Baju said...
17/11/09 9:41 PM  

yup..kesedaran tu segallanya

gravatar
Faarihin said...
18/11/09 1:28 AM  

Salam tinta..

saya juga teringat dosa2 lama..
terlalu banyak.. smoga ada kesempatan untuk saya memohon ampun padaNYA...


p/s:
sangat2 geli apabila membaca statement itu.. oho.. indah khabar dari yang tinta kasturi sangkalah.. adoi.. rileks2.. sy tak pk lain der.. mr. tinta kasturi kan udah ada yang punya.. hohoho.. sy tak terganggu gugat pun dengan kata2 itu.. kerana hundred persen tidak spt yg dijangkakan.. (^__^)

gravatar
zai said...
18/11/09 6:52 AM  

Berilmu tanpa beramal ibarat pohon yg tidak berbuah..semoga kita sentiasa diberikan hidayah dan istiqamah didalam menjalankan kewajipan sbg seorang islam sehingga ke hujung nyawa..

gravatar
Werdah said...
18/11/09 10:39 AM  

Salam Kasturi.

Bersyukur krn lahir dalam Islam.

Mudah2an mati juga dalam Islam.

Mudah2an dpt tingkatkan amal dan takut khusyuk kpdNya.. Amiin

gravatar
Mak Su said...
18/11/09 11:23 AM  

berjalan di dinihari
sentiasa ditemani dan dilindungi
olehNya

gravatar
tinta kasturi said...
18/11/09 12:16 PM  

salam

faarihin,basuh baju,kak zai,kak werdah, mak su

terima kasih semua
Moga kita sentisa sedar
dan diampuni

gravatar
secangkir madu merah said...
18/11/09 2:50 PM  

semoga ALLAH mengampuni dosa2 ku..

Post a Comment