feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Kota Lampu

Labels:

Kota lampu, sebuah penempatan sedang membangun menempatkan sekitar 1000 penduduk di sebuah lahan maya. Sistem pemerintahan yang sentiasa berubah-ubah sepanjang 18 tahun penubuhannya menjadikan ia membangun dengan pesat. Sehinggalah saat tiba tahun 2008, rombakan besar-besaran dibuat. Angin gegeran menyelubungi atmosfera Kota Lampu. Ibarat kapal dilautan yang dilanda ombak, atau berlanggar dengan ketulan ais di tengah laut, ramai penghuni kapal yang tercampak-campak dimerata-rata lautan. Begitulah ujian yang ditempuh oleh kota lampu. Cahayanya kian suram dan malap.

Dalam kesuraman dan kemalapan cahaya gemilang kota lampu, muncul satu generasi ala reformis menuntut pembaharuan. Generasi muda yang tidak muda semuanya sudut usia, tapi semuanya muda sudut jiwa dan fikir. Angin-angin pembaharuan berderu kencang memukul segala apa halangan yang datang. Tidak ada yang dapat membendungnya lagi termasuklah Ibra Nizal, Ketua serpihan kota lampu yang juga salah seorang penuntut tajdid. Kini dia juga disanggah atas transformasi yang cuba dimunculkan. Tidak jauh berbeza dengan yang lepas. Nyata doktrin kemalapan kota lampu masih kuat tersemat dalam sanubari Ibra Nizal. Akhirnya jiwa-jiwa muda tak tertahan, menampar kealpaan dan kebobrokan pemerintahan Ibra Nizal yang semakin kabur dan berkabus serta kabut. Dia kecundang dengan pejuang-pejuang yang lebih muda.

2009 milik pejuang muda yang lebih berani maju kehadapan, lebih laju berlari, lebih cepat bertindak. Namun keberanian, kelajuan dan kecepatan dalam tindakan tidak dirasionalkan sebaik-baiknya. Ketangkasan yang disangkakan mereka, lebih layak disebut rakus, tergesa-gesa dan tamak haloba. Kekuatan yang dimiliki baik dari segi sumber pendapatan mahupun sumber daya manusia menjadi sandaran kemabukan dalam perlaksanaan, baik keputusan yang dibuat mahupun tindakan. Kemabukan tanpa alkohol ini akhirnya memberi tamparan negatif sangat hebat kepada semua rakyat Kota Lampu. Bermula dari puak-puak Sudip bin Algores dari daerah saudagar, disusuli dengan kemunafikan kaum Sekinja yang selalu terkinja-kinja membuat onar di sini sana.
Pukulan-pukulan kecil ini meretakkan perjalanan laju Kota Lampu. Susun atur pemerintahan kota lampu kian parah, baik sudut kewangan, apatah lagi aspek kemanusiaan. Keprihatinan terhadap daerah pengeluar sumber manusia yang sewajarnya diberi penghargaan dan perhatian lebih, semakin pudar, sembab dan lembap. Kemerosoton demi kemerosotan diharungi. Aroma kecemerlangan mula menjadi tidak wangi, menusuk hidung setiap penduduk yang masih setia. Sedikit sebanyak menjadikan hati mereka mulai gentar bercampur sangsi. Kombinasi yang sekiranya dibuat masakan, pasti dihalang oleh lidah serta anak tekak dari memasuki esofagus.

Sehinggalah saat kemuncak buat kemerunduman Kota Lampu, tidak pernah tercatat dalam sejarah Kota lampu sebelumnya, wilayahnya diserang hebat! Kali ini bukan pukulan-pukulan kecil, bukan cubitan atau sengatan yang bisanya boleh hilang sehari dua. Kali ini saat menggegerkan, musuh paling sengit dan bahaya Kota Lampu menyerang dari bahagian yang paling berbahaya. Musuh tradisi sejak zaman berzaman, setelah satu tempoh panjang menyepi diri, mereka muncul dengan peperangan tanpa belas kepada Kota Lampu. Geng Selipar Biru yang merupakan musuh alami Kota Lampu itu, rupanya mengatur strategi dalam sepi. Mencetus peperangan yang tidak pernah terbayang oleh Pemerintah Kota Lampu.

Perang sudah tamat tapi belum habis. Itu ungkapan sampai bila-bila buat kota lampu dan musuh-musuh tradisinya. Kini, fasa pemulihan sedang dijalankan. Air-air penenang dan pemulih semangat dibekalkan kepada semua penduduk kampung yang masih trauma dengan kedahsyatan bedilan meriam dan mesin gun oleh Pihak Selipar Biru. Trauma yang lebih tinggi buat penduduk yang kehilangan ibubapa, anak, serta saudara-mara. Airmata dan ratapan mengiringi pemergian mereka. Kesedihan menyelubungi ruang legar perasaan penduduk kota Lampu. Menjadikan suasana yang sedia malap, bertambah gelap. Kegelapan yang menuntut cahaya agar kembali menerangi. Kejadian ini benar-benar memberikan pengajaran terutama buat barisan kabinet kota lampu agar memandang serius sistem pertahanan dan keselamatan agar mampu memberi pelindung kepada semua penduduk. Supaya hidup sejahtera dan aman.








21 comments:
gravatar
Nida n' Hanafi said...
5/11/09 5:19 AM  

Lebih elok diibaratkan kapal yg pecah dilanda ombak atau berlanggar ketulan ais di tengah lautan dari satu bahtera dua nakhoda... pasti tidak tetap arah pelayaran... :-)

teringat pantun saya dahulu:

Di atas persada bermenung putera
Mengenang puteri hatinya rawan
Dua nakhoda satu bahtera
Tetapkah pasti arah tujuan?

gravatar
Leenoh said...
5/11/09 6:02 AM  

Salam Tinta Kasturi.

Selagi hati mentauhidkan Allah selagi itu masih dalam lingkungan kejayaan.Walaupun zahirnya gagal.

Manusia perlu berlakon mengikut skrip yang benar dan betul dan mengharapkan keredaan Allah.

gravatar
ahmad humairi said...
5/11/09 8:04 AM  

salam,

lampu kian suram dan padam pabila minyak sudah kering...kembali bercahaya dan menerangi jika dipenuhkan kembali.

begitulah roda dunia..sekejap ke atas, sekejap ke bawah..

gravatar
terokai seni said...
5/11/09 11:43 AM  

seratus tahun seorang tajdid akan lahir... ni dah ada ke lum ni

gravatar
Abd Razak said...
5/11/09 2:36 PM  

Salam,

Kesuraman itu boleh diatasi dgn kembalinya kepada pemerintahan Khalifah...

gravatar
saharul said...
5/11/09 8:36 PM  

sebab tu kite kena bayar bil elektrik, supaya lampu boleh nyala bila petik suisnya....

gravatar
tinta kasturi said...
6/11/09 12:46 PM  

Nida
Sodaqallahul 'azim
"Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan." (21:22)

Pak Ngah
setuju! BEnar! harus sabar!

Cemomoi
Ada mungkin

Abd Razak
sangat betul!

Cikgu Jang
Oh! sangat mengharukan

:)


Cikgu Myri
Betul, kena penuhkan dan kena nyalakan..

cahaya atas cahaya!

gravatar
hafiz zainuddin said...
6/11/09 10:37 PM  

ini bukan lagi ala reformasi. ini revolusi. kota lampu harus bangkit! barisan kabinet harus ditukar!

gravatar
Faarihin said...
7/11/09 5:08 PM  

salam ziarah tinta kasturi..

banyak cerita tersirat dalam entri kan.. smoga sentiasa hidup sejahtera dan aman...


p/s:

cerita katak tu yer.. ada smbungannye.. tapi takde masa nk publish..nant de mase sy kuarkan yer.. hehehe..


pekerjaan sementara aje tu.. bukan jiwa saya buat masa ini.. tapi sy tetap berusaha untuk mengambil sbnyk pengalamn dari pekerjaan ini.. ape2 pun tq..

sy tak sabau nk cuti skolah ni.. hehehe.. (^__^)

gravatar
tinta kasturi said...
7/11/09 6:31 PM  

bro terompahkayu,
engkau bukanlah kayu sebagaimana namamu,
engkau punya sakti..
menafsir mimpi
rombak! rombak! rompak!
eh eh..

faarihin,
nama yang indah..
org yg gembira
hadir ke laman wangi
semakin mewangi
hatiku gembira.
:)

gravatar
zai said...
8/11/09 8:00 AM  

Salam Tinta Kasturi..

Sebuah kisah yang sangat baik utk menjadi renungan dan motivasi diri..

gravatar
pecinta_Islam said...
10/11/09 2:44 AM  

saya rasa cikgu humairi lbh memahami akan maksud ini.kerna beliau jg seorang ahli seni sastera seperti saudara.amat hebat susunan kata2 ini.saya dpt merasainya walaupun sy krng memahami.maaf sy krng memahami bhsa sastera.

setelah membaca beberapa kali sy sedikit faham tp masih keliru akan mksd yg sebenar..kalau x keberatan boleh x saudara tinta kasturi menerangkan secara ringkas apa yg dimaksudkan sbnrnye.bila sy sdh memahaminya maka kalau boleh hndk lah shja sy membacanya dngn penuh penghayatan skali lagi.lebih menghayati lagi bila mendengar alunan2 lagu yg disediakan ini.semuanya sy suka..sambil membaca smbl melayan lagu2 ni.ianya lbh terkesan.amat menenangkan.ibarat berada di zaman kesultanan melayu melaka pula.sambil menghirup kenikmatan antara larutan seni sastera dan juga seni lagu tradisional sebegini.mmg kena sngt2 dngn jiwa sy.wah sy pun sdh sedikit menggunakan bahasa2 sastera kut.hehe
:)

gravatar
tinta kasturi said...
10/11/09 11:22 AM  

salam kak zai,
terima kasih sudi baca

salam syah,
err.. boleh tak kalau saya sekadar mengatakan ini sebuah imiginasi kisah perjuangan menegakkan kebenaran yang melalui fasa kebangkitan, kejatuhan dan kembali ingin bangkit. Perjuangan yang melalui mehnah2 yang merupakan fitrah sebuah perjuangan. Tidak dapat tidak, pasti ada uujian, halangan, rintangan dan cabaran. Samada ujian itu datang dari pihak luaran mahupun dari dalaman. Dalam merintangi itu ada golongan yang ingin membawa suatu pembaharuan pendekatan. Adda yang tergesa-gesa ala revolusi yg tidak menepati fitrah atau sunnah kebangkitan. Namun ada yang belum patah hati untuk berubah dengan cara evolusi bukan revolusi. Perubahan adalah istilah yang wajib ada bagi memajukan atau membangkitkan suatu perjuangan. Zaman berubah, pendekatan n perencanaan harus ada perubahan, transformasi, suatu yang dinamik, suatu hikmah dan mau'izatul hasanah. Islam bersifat waqi'iyah yg dapat menyesuaikan di mana sahaja atau bila-bila sahaja iaitu satu agama yang realistik dantidak jumud, memudahkan penganutnya bukan menyusahkan. Banyak contoh2 wujudnya perubahan2 dalam islam sebagai din antaranya pemindahan kiblat (sila rujuk kisahnya dalam surah albaqarah), pembukuan aq, permulaan kalender hijriah, pemindahan pusat pemerintahan dari madinah - kuffah - baghdad - turki, kelahiran mazhab2, dan banyak sangat yang menunjukkan kedinamikan islam. Atas dasar perlu perubahan demi pengembangan dan kebangkitan ini, wujudlah segolongan manusia yang mengenengahkan tuntutan yg dianggap suatu yg baru. Hakikatnya, yg dikatakan baru itu memang adas yg baru, tp lebih banyak yang lama tapi dah hilang yg menjadikan ia kelihatan baru. Ini seperti ungkapan islam datang dagang dan kembali dagang. ISlam datang asing dasn kembali asing. Golongan ini selalunya mendapat tentangan kuat dari umat islam yg sudah sangat sebati dengan adat, budaya dan amalan yg diwarisi sejak zaman-berzaman. Budaya islam warisan dan ikutan yg menebal, tanpa disisipi perlaksanaan dengan ilmu. Tanpa ilmu, dalil, hujah setiap perlaksanaan yg dilakukan. sila rujuk (17:36), (2:170). Budaya ikut-ikutan ini yg menyebabkan kesesatan dalam perjalanan, perjalanan yg lebih berpaksiakan andaian, persangkaan berbanding berteraskan ilmu. sila rujuk (6:116)(10:36).

eh, panjang pulak. Itu dulu syah. Harap dapat sedikit nafas lega yang menghilangkan sesak kekeliruan.

Moga sentiasa dapat redho Allah.

gravatar
Guru said...
10/11/09 4:01 PM  

assalammualaikum

salam ziarah dan salam perkenalan...

gravatar
Basuh Baju said...
10/11/09 7:57 PM  

abd razak:

apa yg dikatakan pemerintahan khalifah? bagaimana ia boleh dilaksanakan di dlm konteks negara malaysia?

gravatar
Faarihin said...
10/11/09 10:51 PM  

Salam tintakasturi..

off topic.. mana lagi cerita sensasi kat dlm blog ni.. cerita yang tersirat disebalik yang tersurat... (^__^)

gravatar
hafiz zainuddin said...
11/11/09 4:37 AM  

mastinta sy nak berpendapat.
Bagi saya Islam itu tidak ada budaya. malah ia boleh berada dalam apa jua budaya komuniti yang wujud.

bagi saya ajaran islam itu sangat luas..zen sebenarnya... universal... dan pragmatis... cuma disebabkan kejumudan penafsiran manusia yang konservatif... islam dilihat sebagai itu dan begitu begini sahaja padahal islam itu sendiri amat liberal dan cocok dengan perkembangan evolusi minda manusia moden.

gravatar
Abd Razak said...
11/11/09 6:18 AM  

--> Basuh Baju

Terima kasih atas soalan sdra...

Sistem pemerintahan Khalifah/Islam ini mempunyai ciri dan sifat yang berbeza daripada sistem pemerintahan yang ada sekarang mahupun yang terdahulu kerana ia ditegakkan berasaskan akidah Islamiyyah.

Sistem pemerintahan ini telah diperkenalkan Rasulullah SAW sejak tertubuhnya negara Islam di Madinah pada tahun pertama Hijrah dan ia terus dipraktikkan sehinggalah keruntuhannya, yang didalangi oleh Mustafa Kamal Ataturk, pada tahun 1342 di Turki.

Sebenarnya sistem pemerintah inilah patut tertegak di negara kita namun hanya terhasil dlm perlembagaan kita hanyalah tulisan sahaja...

gravatar
tinta kasturi said...
11/11/09 11:15 AM  

>terompah<

pendapat yg tak salah, bernas!

>abd razak<

terima kasih

>faarihin<

permintaan anda sedang diproses.. (sibuk sikit)

gravatar
pecinta_Islam said...
13/11/09 4:00 AM  

salam ziarh kembali ke n3 ni..sy terpaksa berkunjung agak lmbt kerna mencari waktu yg paling2 sesuai untuk menghayatinya tampa ada sebarang gangguan kerja..dan kini slps membaca sinopsisnya dan membaca kembali maka sy lbh mengerti akan maksudnya..

hmm..sy rasa saudara boleh menandingi faisal tehrani ni.hehe..bgs2..sy jg yakin ciri2 tulisan saudara tiadalah berkiblatkan fahaman dan perjuangan islam yg terpesong dr mazhab2 besar ahli sunnah waljamaah seperti yg dilakukan oleh sesetengah penulis..

gravatar
tinta kasturi said...
13/11/09 5:14 PM  

syah

sahabat saya,inspirasi saya untuk terus menulis. Doa anda mengiring aktiviti penulisan saya.

Panduan kita sampai bila-bila tak lain tak bukan dan jangan yang lain melainkan alquran dan sunnah.

pertimbangkan apa yg benar berbanding siapa yg benar kerana sampai masanya kita akan disoal dan minta bertnaggunjawab atas apa yg kita buat secara sendiri-sendiri.

"Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri." (19:95)

Post a Comment