feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Mana Enam?

Labels: ,

Ahad (satu)
Isnin (dua)
Selasa (tiga)
Rabu (empat)
Khamis (lima)
Jumaat (total)
sabtu (tujuh)

mana enam?

ahad - nasrani
sabtu - yahudi
jumaat - islam

apa hikmah disebaliknya ya?

"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'arsy. Tidak ada bagi kamu selain daripada-Nya seorang penolong pun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?" (Assajdah:4)

(adalah disarankan membaca surah assajadah di rakaat pertama solat subuh di pagi jumaat, diikuti dengan surah al-insan pada rakaat kedua)

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Aljumuah:9)

renung-renungkan.. (jangan menung melengung)

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan semua ini sia-sia. Maha suci Engkau, maka perihalah kami dari api neraka" (Ali "imran:190-191)





20 comments:
gravatar
NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...
13/11/09 12:49 PM  

menarik entry ni...
terima kasih sbb post..
dpt juga tahu benda baru..

=)

gravatar
Anonymous said...
13/11/09 5:34 PM  

Menarik.

Salam ziarah sambil memperkenalkan blog kami berkenaan petua dan ramuan herba http://morhabshi.blogspot.com

Terima kasih.

gravatar
Mybabah said...
13/11/09 7:23 PM  

Salam Kasturi. Sebenarnya banyak lagi khazanah al-Qur'an yang boleh digali. Kalam Allah wajib diyakini. Maklumat di dalam wajib dipercayai. Dalam surah paling pendek "Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian", kenapa manusia sahaja yang rugi jika dikaitkan dengan masa? Mengapa tidak jin dan makhluk-makhluk lain?

gravatar
ahmad humairi said...
13/11/09 7:49 PM  

salam,

menung...
memikirkan kekuasaan Allah..

gravatar
Abd Razak said...
13/11/09 9:44 PM  

Salam...

Penghulu segala hari...

gravatar
tinta kasturi said...
13/11/09 11:52 PM  

Nur,
alhamdulillah

Morhabshi,
moga perniagaannya maju dan dapat keuntungan, amin.

babah,
ya, banyak lagi yg masih perlu dikaji (bukan sekadar mengaji)

mr humairi,
subhanallah! makin dimenung makin buatkan rasa teruja, rasa kagum, rasa nak nangis.. semua ada. Besarnya khazanah Allah, kecilnya perhambaan diri kepadaNya. MOga kita sentiasa dapat keampunan atas kelemahan dan kelalaian.

Abd Razak,
moga mendapat keberkatan.

gravatar
saharul said...
14/11/09 12:53 AM  

koi teringat mase kat Mekah dulu, kalau hari Jumaat aje, semua kedai tutup, sorang lelaki pun takde....selain kat masjid..alangkah indah jika suasana tsbt berlakun kat Malaysia ni...

gravatar
Leenoh said...
14/11/09 11:57 AM  

Salam Kasturi.

Memang pun sekarang ini bergegas dan bersegera ke masjid pada hari Jumaat di setengah-tengah tempat kerana dipaksa oleh masa senggang yang sedikit.

Semuanya kalut maklumlah .... tiada cuti...

gravatar
Faarihin said...
15/11/09 3:14 AM  

Salam.. mencedok ilmu di sini.. saya pun tak terfikir akan hal ini.. entry yg menarik.. renungan buat kita bersama..

gravatar
ZULKIFLI BIN MOHAMED said...
15/11/09 9:11 AM  

Salam,

"jejak ke mari".

gravatar
Werdah said...
15/11/09 9:27 AM  

Salam Kasturi..

Jumaat penghulu sgl hari..

gravatar
Nida n' Hanafi said...
16/11/09 5:57 AM  

Salam

Jumaat mengingatkan saya pada satu peristiwa yang amat meninggalkan kesan di hati saya...

Perginya insan yang saya amat saya sayangi..."Abah..damailah kau di'sana'"Al-Fatihah...

gravatar
Unknown said...
16/11/09 9:33 AM  

Mula2 baca..teman ingatkan ttg kisah '6 jahanam'..maaf/tajuk yg menarik..
Rupa2nya n3 ilmiah yg sangat berguna buat insan yg mahu berfikir..

gravatar
tinta kasturi said...
16/11/09 10:54 AM  

salam dan terima kasih semua atsa komen2 yang diberikan.

semoga Allah memaafkan kita ats kelemahan dan kekurangan amalan kita terhadpanya berbanding nikmat yg diberikan

dan nikmat terbesar yg perlu kita syukuri adalah Alquran yg diturunkan kpd Muhammad Rasulullah

Mukjizat teragung yg saat ini kurang diagungkan oleh org Islam sendiri

Ya Allah, ampunkalah kami atas kurangnya bacaan dan kefahaman kami terhadap kitab suci Mu, Moga Engkau terus memberi hidayah untuk kami terus mensyukuri nikmatMu

gravatar
terokai seni said...
16/11/09 4:37 PM  

WUIH MENUNG MELENGUNG TANG PERKARA NI PON DAH DAPAT PAHALA DAH NI...

gravatar
hafiz zainuddin said...
16/11/09 5:28 PM  

Ilmu angka slalu d pandang serong. Tringat dkt seorg tokoh da lupa namadia. Dr mesir kalau x silap. Sampai di bunuh. Dia tlh membongkar rahsia coding2 dlm quran.
AQ byk mnyimpan rahsia tersirat. Tp malangny agama d monopoli olh golngan mainstream yg totok n terlalu konservatif.

gravatar
hafiz zainuddin said...
16/11/09 5:34 PM  

Bru ingat. Dr rashad khalifa!

gravatar
zai said...
16/11/09 8:50 PM  

Salam Tinta Kasturi,

Terima kasih krn membuatkan kak zai terkesima sebentar membaca entri ni..terlalu banyak keajaipan yg ditemui didalam islam tapi Manusia yg tetap sombong dan enggan mengakui kebesaranNYA..

gravatar
tinta kasturi said...
17/11/09 2:57 AM  

-cemomoi-

insyaAllah, moga-moga..

-terompahkayu-

memang. ibarat rumah yang kehilangan kuncinya, tak dapat nak selongkar, apa dalamnya, berapa biliknya, warna apa dindingnya, bilik airnya bagaimana.. begitulah, perlunya mencari kunci yg hilang agar boleh dibuka selongkar khazanah tak bertepi, mukjizat yg cukup merisaukan kafir durjana

-kak zai-

terkesima, kebingungan bukti memikirkan.. syarat mendapat petunjuk.

"dan kami jadikan kamu (Muhammad) kebingungan lalu kami berikan petunjuk"

gravatar
Unknown said...
18/11/09 11:57 PM  

Iyalah...erm,tak nampak pun.org kafir da nampak dulu,tu pasal dia sorokkan fakta ni...

Post a Comment