feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Banjir (Bahagian Satu)

Labels: , ,

"Asal spm je banjir, asal banjir je spm" Amrin mengeluh dengan nasib dengan dirinya yang tinggal di negeri semedang banjir. Kelihatan di wajahnya kesugulan dan kekeliruan. Dia pening memikirkan persiapan untuk menghadapi spm yang dibasahi banjir. Buku-buku pelajarannya hampir semua tidak dapat diselamatkan semuanya telah menjadi umpama biskut marie yang dicicah dengan air kopi, lembik dan melayu. Yang tinggal hanyalah nota ringkas yang selalu disimpan dipoket seluar dan bajunya.

"Betul ke takde kaedah nak atasi banjir ni?" saat ini ilmu geografi yang dipelajarinya cuba dipimpin keluar oleh otaknya dari kebiasaan sukatan pelajaran. Dia tidak mahu kepompong kejumudan silibus membelenggu trend pemikiran peribadinya. Dia juga merasakan setiap permasalahan pasti ada penyelesaian. Baginya banjir yang berlaku disebabkan kesilapan manusia. Kenyataan itu terpancar dek kerana teringat nasihat ustaz Sabur berkenaan hal bencana. Dari geografi dia mula menelusuri cabang subjek pendidikan agama. Amrin masih ingat ayat yang dipetik oleh ustaz tersebut

" Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah disebabkan tangan kamu sendiri. dan Allah memaafkan sebahagian (dari kesalahan-kesalahanmu)" (42:30)
Dalam keadaan tidak berbunyi, otaknya berfikir strategi mengatasi banjir. dia mula menyelongkar jawapan kepada persoalan kenapa banjir boleh terjadi. Penyelongkaran ini dibuat bertunjangkan teknik analisa sebab dan akibat yang dipelajari Amrin dari sebuah buku yang tidak termasuk sukatan pelajaran spm. Kalau tangan-tangan manusia yang membawa kepada bencana pasti ada dosa-dosa dan kesilapan yang dibuat berkenaan air dan pengurusannya. Dia mula mendalami kata-kata Allah dengan kaedah yang lebih bertemankan sedikit asas sains yang dipelajari di sekolah. Ilmu mantik juga silir-semilir menghembus dalam atmosfera intelektualnya menterjemah ayat suci.

Longkang tersumbat? Sungai kotor dan tersekat, menyempit? Aktiviti pembangunan tidak terancang? Pokok-pokok yang semakin berkurangan? kawasan tadahan hujan? tanah rendah? tanah tinggi? Beberapa senarai kemungkinan penyebab banjir mula termuntah dari mindanya hasil aplikasi teknik pengilatan otak yang dipelajarinya dari buku yang ditulis oleh Tony Buzan. "Adakah semua senarai ni mereka telah perhatikan?" Perbetulkan mana yang tak betul?" Soalan yang dia sendiri belum pasti jawapannya. Soalan yang datang dari hatinya yang ragu-ragu, kepalanya pula digaru-garu. Gatal dicelah liang rambutnya yang bukan disebabkan kutu, tapi sebab cubaan menggali ilmu diluar sukatan pelajaran. Dari jauh, gaya melengung Amrin tak ubah seperti Albert Einstein sedang tercokoh menyelesaikan ujikaji sulit.

Dia sangat pasti ada penyelesaian yang wajar boleh mengatasi permasalahan banjir. Sekali lagi dia teringat kata-kata ustaz Sabur, Islam adalah penyelesaian kepada semua permasalahan. Kenyataan itu cukup menggigit otaknya yang sememangnya sedang tergigit dengan ugutan spm yang diterimanya dari kementerian pendidikan, ditambah lagi dengan gigitan banjir yang melanda negerinya. Kes gigit ini lebih boleh diungkap seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Gigitan itu walaupun tidak menyakitkan jasad, ia cukup meninggalkan bekas pada rohaninya. Bukan kerana tidak setuju dengan kenyataan itu, tetapi jauh disudut hatinya tertanya-tanya sejauh manakah islam yang dilaksanakan, jika satu-satu masalah yang sudah berkurun dikisahkan masih belum dapat diselesaikan. Jauh disudut hatinya juga, membuat andaian adakah ini balasan dari Allah disebabkn segelintir penduduk negerinya membakar kerusi tak berdosa tempoh hari. Sekali lagi dia teringat pesan ustaz Sabur

"Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja antara kamu. Dan ketahuilah Allah amat keras siksanya" (8:25)

Detik ini, kegawatan fikirannya untuk menghadapi spm membawa dia ke suatu tahap pemikiran yang sangat jauh dari silibus pembelajarannya. Pengembaraan otaknya kini sudah hampir-hampir sampai ke tahap professor. Dalam keadaan tercokoh kebanjiran itu, Amrin sekonyong-konyong teringat akan Bandaraya Air, Kota Venice di Itali. Dia tidaklah mafhum sangat perihal bandar zon bebas kereta yang didirikan atas air itu, cuma ingatan yang melanggar fikirannya itu mencetus ilham konsep laluan air ala terusan mungkin boleh dibuat ubat penyembuh penyakit banjir. Gambar kota Venice semakin jelas tertancap pada kacamata fikiran Amrin sekarang. Keseronokan berjalan-jalan dengan bot disekitar kota venice mula dimuat turun kedalam minda fantasinya. Khayal fikirannya semakin menjadi-jadi. Dia mula tersnyum seorang diri. Lagak ahli sains bertemu jawapan. Kesugulan dan kekeliruan fikirannya hendak menghadapi spm mula menyirna ditenggelami kabus imiginasinya yang semakin menebal.

Alangkah seronoknya jika negeri semedang banjir ini dibina sebanyak mungkin terusan-terusan air, yang lebar, dan sepanjang-panjangnya sebanyak yang mungkin. Bolehlah berjalan-jalan menaiki bot mengelilingi negeri. Bukan itu sahaja, terusan ini saling menghubungkan negeri-negeri jiran. Kalau tak cukup negara jiran, satu Malaysia lagi bagus. Bolehlah dia belayar sepuas-puas hati. Sekali lagi senyuman menyeringai diwajah Amrin. Udara pemikiran ala venice semakin kuat berlegar-legar dibenaknya yang tidak benak itu. Terusan yang banyak itu ibarat lebuhraya yang luas dan lebar serta panjang. Dibina untuk menampung semakin banyaknya bilangan kenderaan. Semakin lebar dan luas, semakin banyak alternatif lebuhraya yg ada, semakin kurang limpahan kenderaan di satu-satu jalan dan semakin kuranglah kesesakan lalu lintas. Fikrah kreatifnya kini menyinggah di ruang metafora. Terusan menjalankan fungsi sebagai lebuhraya yang luas, lebar dan panjang. Kereta pula mengungkap seperti air yang banyak yang harus ditampung oleh lebuhraya terusan. Dengan adanya terusan yang banyak, lebar dan luas, panjang pasti masalah kebanjiran dapat diselesaikan. Sambil berfikir, Amrin mengangguk-angguk kepalanya setuju dengan ilhamnya sendiri. Persetujuan yang belum terbukti lagi kesahihannya.












14 comments:
gravatar
myQza said...
20/11/09 2:13 AM  

semuanya angkara manusia.. puncanya juga manusia..

gravatar
Nida n' Hanafi said...
20/11/09 4:06 AM  

salam
Setiap masalah ada jln penyelesaian...

Terfikir..bina empangan byk2.. terusan dan parit yg sedia ada tu dalamkn lagi+pastikn selamat dari kanak2.. ni tak saya tengok, dah tau kaw tu kaw banjir.. paritnya adalah sampai takat lutut je... macam mana nak menakung air????

gravatar
Faarihin said...
20/11/09 5:35 PM  

Salam..

manusia lupa kadangkala setiap musibah yang berlaku itu akibat balasan dari perbuatan manusia..

fantasi yang sangat menarik.. andai ada kereta2 dan bot2 yang boleh terbang.. mungkin akan bertambah lebih menarik.. (^__^)

gravatar
saharul said...
20/11/09 9:52 PM  

tapi banjir kat sini tak seteruk negara lain......fikir2kan lah. Masih kecil lagi dugaan Allah SWT kepada kite lagi, mungkin merupakan satu peringatan ....yg kite tak ingat2...

gravatar
Unknown said...
20/11/09 11:47 PM  

wah..subhanallah.indah cerita ini bila dikaitkan dgn islam.Yup,islam itu penunjuk kpd seluruh umat manusia.Islam juga penyelesain kpd semua masalah.Juga islam lah juga kunci keselamatan semua makhluk di dunia ini...

syukur sy lahir daripada rahim seorang ibu yg islam...

gravatar
Faarihin said...
21/11/09 7:47 AM  

Salam..

bila nak sambung part yg seterusnya pula?


of topic:

Terima kasih akan kata2 itu.. insya-Allah saya sentiasa ingat.. betullah.. bukan sahaja di sekolah tempat untuk kita mendidik.. di mana-mana aje kita perlu mendidik dan juga dididik..

gembira selalu deh.. (^__^)

gravatar
Unknown said...
22/11/09 8:28 AM  

Assalamualaikum Kasturi. Selain daripada perkataan banjir, ada banyak lagi perkataan Melayu yang sinonim dengan perkataan itu, tetapi jarang digunakan, seperti bah, bena, kojoh, empoh, sebak,lembak dll. Semuanya nampak serasi. Sekadar berkongsi ilmu...

gravatar
Abd Razak said...
22/11/09 9:02 AM  

Salam...

Setiap yang datang dari Allah itu ada kebaikan dan ibrahnya sendiri

gravatar
Guru said...
23/11/09 9:06 PM  

assalammualaikum

penyelesain jika dicari memang ada, cuma nak melaksanakan tau tidak bergantung pada banyak kekangan

gravatar
tinta kasturi said...
24/11/09 2:16 AM  

> si tedi
memang

> Nida
tulah, banjir jadi sebab air berlebihan tak tau mana nak pergi

> Faarihin
elok juga kalau diadakan subjek fantasi disekolah2 (org jepun yg hebat teknologinya mempunyai daya fantasi yg tinggi)

> Ciku jang
masa kecil lah elok dibaiki, kalau dah lagi besar lagi haru


> iqbal
alhamdulillah

> tak letak nama
terima kasih. saya suka ada orang yg bg cadangan membina begini. terima kasih lagi.

> Abd Razak
betul tu. Ibrah dapat banjir yang paling bagus ialah tahu bagaimana nak mengatasi banjir, dalam erti kata lainnya tak kena banjir berabad-abad, tanpa sebarang tindakan yg mengurangkan atau menghindarkan langsung

> cikgu kl
kapitalis. rasuah. riba. kroni. kebangsaan (salah tempat) adalah kekangan2 yang sudah dikenalpasti dengan kuat sekali (tanpa ragu).
"gaji dah puluh2 rribu, tapi tak cukup2 lagi. duit byk pergi ke tmpt lain (poket dan periuk msg2)"

*hendak seribu daya..*

gravatar
hafiz zainuddin said...
24/11/09 3:17 AM  

dah berpuluh tahun sejak saya kecik citer hal banjir. entahlah. teoritically betul dah apa yang amrin pikir. kerajaan pusat kenala bagi banyak dana lagi untuk pembangunan negeri. kampung dan daerah. nak harap orang kampung korek terusan sendiri tak cukup modal. ;)

gravatar
Faarihin said...
26/11/09 11:22 PM  

p/s: Salam aidil adha untuk mr. tintakasturi dan keluarga..(^__^)

gravatar
pecinta_Islam said...
28/11/09 1:51 AM  

sy bangga dngn fikiran amrin..bnyk kajian dan jg perkaitan unsur2 logik serta sains.tidak terlalu tertutup..hmm..mungkin jg buah fikiran penulis.tahniah:)

sy sedikit tertarik untuk membicarakan ttng sains dan juga islam disebalik bala Allah..

Dlu bila berlaku banjir besar berkali-kali di johor ada ustaz ckp mungkin ini bala Allah sbb ramai yg leka dngn dunia.menolak islam..

kemudian ada yg mempersoalkan bagaimana pula dngn banjir tiap2 tahun di kelantan,di pantai timur..bukankah ia juga sbgi bala Allah..

jika tnye sy..hmm..keduanya ada hikmahnya..sama je..kt kelantan pun ttp akan ada jg golongan yg ingkar pd Allah..dimana-mana tmpt skalipun ttp ada golongan yg ingkar pd Allah ni..cuma klu fikir dari segi faktor geografi dan juga kajian secara saintifik,pantai timur akan mengalami musim tengkujuh pd akhir tahun dan akan berlaku banjir..dan itu adalah lumrah alam yg terjadi sepanjang tahun di pantai timur sejak dari dahulu lagi..klu blajar geografi pun ada diterangkan ttng hal ini..

ikut pandangan saya bala itu sesuatu musibah yg x diduga menimpa sesebuah tempat dan masyarakat..jadi kes banjir di kelantan bukanlah difinisi bala(hnya pendapat sy shja)..sbbnya adalah sesuatu yg sememangnya kita telah ketahui akan berlaku dan ianya kejadian tahunan yg berlaku sejak dr dahulu lagi di pantai timur ..adakah kejadian yg telah dijangka berlaku dan tiap2 tahun telah pun terjadi dan tiadalah pelik dan mengejutkan dianggap bala..

berbeza dngn banjir besar di johor suatu ketika dahulu..banjir besar dan datang pula dalam berkali kali sehinggakan mendatangkan stress yg amat kpd sesetengah penduduk..lahir perasaan terkejut kerna tidak prnh berlaku dan ianya sememangnya tidak diduga..jadi bg pendapat sy ianya merupakan bala Allah..sama sebagaimana tsunami yg melanda..ianya sememangnya tidak diduga sama sekali.dan amatlah mengejutkan seluruh pelusok manusia akan kehadirannya.tidak seperti banjir di pantai timur..ianya sesuatu yg biasa berlaku dan telah diduga.dan tidaklah termasuk dlm definisi bala kerna faktor georgrafi musim tengkujuh yg sememangnya telah diketahui dan tiada yg pelik dan aneh akan kehadirannya(cuma pendapat peribadi sy..mungkin slh)

ini cuma pendapat peribadi sy shja..tidaklah sy menyuakini 100%..namun dalam lebih memahami dngn lbh jelas erti bala,ingin jg sy meminta pendapat saudara tinta kasturi ttngnya klu x keberatan

gravatar
balqissy said...
29/11/09 11:53 AM  

baru balik dari negeri yang dilanda banjir,Terengganu. MasyaAllah! sangat takut melihat air deras di sungai, juga laut.

pendapat saya lebih kepada syahbandar87 ni. ia bukanlah bala, tapi memang kerana sifat monsoon itu sendiri. tapi, tak dinafikan kerana perancangan bandar yang tidak ternacang juga memainkan peranan penting.

Sepatutnya sudah tau sifat monsoon, sepatutnya sebarang pembangunan yang melibatkan laut tidak di terokai, untuk mengelakkan hakisan laut. tapi, diteruskan juga kerana kependekan akal manusia di kalangan ahli politik yang tidak reti berfikir untuk jangka masa panjang. Hanya tahu menagih pujian atas kejayaan dan dasar tanggungjawab 5 tahun sekali sebelum bermulanya proses undian lagi sekali.

Btw, just berkongsi pendapat. No offense, ya.Peace^.^

Post a Comment