feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Jangan datang sini lagi

Labels: , , ,

hendak dibuang ke mana rasa ini
buang-buang masih melekat baki
melekit dan bertambah lagi
digocoh lumat masih bernafas
dibubuh racun hati tak sanggup
pongah menggunung
degil membatu
kuasa jahat apakah ini
mencetus geger bumi qalbu
mengocak-ngocak lautan jenjam
mencetus gelombang tsunami
menggempur kuat damai batin

sakit yang tak kelihatan

(*)

hela nafas sepuluh
perang mesti tenang
rasa jahat ini harus dibunuh
senjata tuntutan samawi telah ketemu
sedia..

baca! baca! baca!
bunuh! bunuh! bunuh!
(jangan kau muncul lagi)

hela nafas sepuluh (lagi)














12 comments:
gravatar
Leenoh said...
18/11/09 4:56 PM  

Salam Kasturi.

Nampaknya nyawanya liat umpama gamat Langkawi.

Keturunannya membiak umpama sambau di celah perdu padi.

gravatar
Werdah said...
18/11/09 5:25 PM  

Salam Kasturi.

Bacalah sekuat2nya n berulang2 kali. insyaAllah tak datang lagi.

gravatar
Nida said...
18/11/09 5:26 PM  

Salam tuan blog,

Kuasa apakah yang begitu dahsyat sekali tu gamaknya ye... Sampai tewasnya seorang khalifah di bumi Allah..

Sekeras2 batu pun boleh lekuk dengan titisan air yg berterusan.. begitu juga dengan hati.. sekeras2nya pun boleh lembut dengan zikrullah kepada Tuhan...:)

gravatar
Tirana said...
18/11/09 6:43 PM  

Bila baca tajuk entri ni..rasa takut pulak nak masuk sini..sebab 'jangan datang sini lagi'..hehehe..

gravatar
syahbandar87 said...
18/11/09 8:04 PM  

kalau diabaikan shja bagaimana?boleh terkesan x?

gravatar
ahmad humairi said...
18/11/09 8:54 PM  

salam,

jangan datang sini lagi...
itu yang membuatkan teman nak datang...nak tengok apa terjadi..

nasihat saya...undur ke depan..eh?? camana yea...back to the future la...

gravatar
sI tEDI said...
18/11/09 9:04 PM  

apakah itu.. Hanya Kuasa Allah yang dapat menembusi!

gravatar
Kunang-Kunang said...
18/11/09 11:22 PM  

Semoga telah tenang.

Tebalkan lagi bentang pertahanan mu.

gravatar
tinta kasturi said...
19/11/09 2:54 AM  

pak ngah
macam itulah nampak gayanya
(cantik gak bidalan pak ngah tu, terpesona saya)

kak werdah
alhamdulillah faham

Nida
bacalah.. bacalah.. bacalah..
kunci memenang khalifah

kak tirana
he he
perangkap masuk blog

syah,
yg kotor dan jahat kena buangkan jauh2 (tokleh abai)

cikgu myri
undur ke depan
he he he..
(nasihat kreatif)

si Tedi
itu rasa yg tak elok dlm diri
kehebatnnya bergantung kat mana dia bertempel
lemah org kuat, kuatlah dia
kuat org, lemah lah dia

Kunang-kunang
anti fahamti
syukran

al'an ana fis sakinah

gravatar
Faarihin said...
19/11/09 11:17 PM  

Salam tinta kasturi..

nape tak leh datang sini lagi?
banyak2kan bersabar yer.. (^__^)

gravatar
tinta kasturi said...
20/11/09 12:22 AM  

org yg gembira

namanya dah gembirakn hati saya
terima kasih ats nasihat

yg tak boleh dtg sini tu rasa/sft2 yg tak elok..

tak boleh dtg diri..
(walau hakikatnya pasti akn muncul lg, jangka atau luar jangka)

gravatar
terompahkayu said...
24/11/09 3:21 AM  

bunuh bunuh bunuh!
kalau hidup lagi kita bakar!!!!

Post a Comment