feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

All Maa Rii ?!

Labels: ,

Ini adalah kisah yang dipanjang-panjangkan. Harap sambil terhibur, beroleh manfaat.

***

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid..

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
”Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih..

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaanirrahim...ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim... ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

[,]

Soalan muhasabah yang dipersilakan jawab dalam hati masing-masing (termasuk saya)

1. Bila kali terakhir kita membuka kitab al-quran dan membacanya?

2. Berapa kerap kita membuka dan membaca kitab al-quran sehari ?(sebulan, setahun, sedekad.. bagi yang tidak ada jawapan untuk sehari)

3. Wajarkah kekerapan yang kita baca sebagai tanda syukur atas pemberian Allah jika dibandingkan dengan segala ni'mat yang Allah kurniakan kepada kita?

4. Bila kali terakhir mendengar alunan suara bacaan al-quran di rumah kita? (rumah-rumah yang kita kunjungi juga, misalnya rumah ayah, ibu di kampung)

5. Berapa ramai keluarga-keluarga terdekat, sahabat-sahabat terdekat dan orang-orang islam yang kita jumpa harian yang menjadikan membaca al-quran (selain dari bacaan dalam solat) sebagai rutin harian ?(mingguan, bulanan, tahunan..)

6. Berikan satu ayat menyatakan tugasan manusia yang terpenting dalam menjalani kehidupan di bumi Allah ini? atau ayat yang memerintahkan untuk kahwin? ayat yang suruh kita jangan berbuat sesuatu melainkan dengan ilmu? (berikan surah apa, ayat ke berapa, kalau boleh, bunyikan sekali ayatnya)

7. Adakah usaha kita untuk menguasai Al-quran melebihi atau sama dahsyatnya dengan usaha kita belajar untuk mendapat sekeping sijil, sebuah diploma, sebentuk degree, secangkir master, seulas phd?


Rasanya banyak lagi soalan muhasabah yang boleh kita tanyakan pada diri kita sendiri tentang betapa kita mensyukuri ni'mat Alquran sebagai mukjizat teragung yang diturunkan kepada ummat akhir zaman melalui rasul agung, Muhammad saw. Bagi yang tidak dapat menjawab langsung atau tidak upaya memberi jawapan yang baik, silalah menangis sekarang, kerana sesungguhnya kita berada dalam buana kealpaan yang amat dahsyat. Merasakan sudah cukup dan selesa dengan amal-amalan harian kita yang masih kurang seberapa.

Mari sama-sama kita renungkan wasiat terpenting Rasulullah saat mengerjakan haji wida' yang kemudian tidak lama selepas itu beliau wafat. Wasiat yang boleh dikatakan antara yang terakhir dan terpenting disampaikan buat dijadikan suatu yang harus di'tiqodkan, dicengkam teguh dalam hati kerana ia merupakan antara pesanan terakhir seorang rasul agung. Nasihat yang seharusnya segar bugar diingatkan untuk panduan umat mendatang, walau telah mencecah beribu-ribu tahun selepas kewafatannya. Inilah pesannya


"Telah ku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selama mana kamu berpegang teguh kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitaballah dan sunnah rasulnya"

Moga kita sama-sama fahami dan hayati serta laksanakan maksud 'berpegang teguh' kepada keduanya itu.

Moga sentiasa mendapat keredhaan Allah.























11 comments:
gravatar
Nida said...
3/11/09 4:01 AM  

Salam
Sekadar perkongsian pengalaman semasa saya mengajar di salah sebuah sekolah di pinggir bandar suatu ketika dahulu...

Masih ramai dalam kalangan pelajar2 yang tidak boleh mengucap dengan betul.. malah ada yang langsung tidak tahu mengucap... berisgtifar panjang kami para guru melihat keadaan ini. Risau melihat generasi kini yang semakin jauh menyimpang akhlaknya...

p/s: Ingatlah cerita percintaan antara Nabil juara lawak dengan pelakon Irma tadi..hehe

gravatar
Tirana said...
3/11/09 4:27 AM  

Kisah yang boleh menjadi cermin kepada diri sendiri...

Teringat anak kedua kak tirana masa dia mula2 belajar baca Quran..Alif Lam Miim tu dia sebut 'Alam' hehehe..Aduhai..kak tirana ketawa dalam hati sebab nak ketawa kuat-kuat takut dia kecik hati..budak-budak kan?

gravatar
Abd Razak said...
3/11/09 6:07 AM  

Assalamualaikum...

Moga kisah ini menjadi pengajaran buat semua...

..seharusnya al-Quran itu menjadi bacaan kita setiap hari, sekurang-kurangnya 10 ayat agar kita tidak dianggap sebagai orang-orang yang lalai.

gravatar
ahmad humairi said...
3/11/09 7:30 AM  

salam,
soalan-soalan muhasabah diri 1 - 7 dah terjawab (dalam hati)...insaf..

gravatar
LanaBulu said...
3/11/09 9:07 AM  

Peringatan yg baik dan menginsafkan..
Ini lah akhir zaman..
Al-Quran sekadar manjadi perhiasan..
Moga kita tetap bersama keredhaanNya..

gravatar
tinta kasturi said...
3/11/09 5:42 PM  

NIda
yg dikisahkan nida itu adalah ajaran2 sesat yang tak ditangkap. semakin berleluasa dan menggila di sini sana.

Tirana
budak2 tak pe la, kalau dah besar ni, kena bagi bantuan pernafasan, supaya terus hidup dalam hidup, bukan hidup tapi mati.

Razak
setuju dengan cadangan, biar sedikit tapi berterusan..

Cikgu myri,
saya sendiri rasa nak nangis..

Lanabulu,
harap-harap dapat dimanefestasi dalam amalan harian.

gravatar
Cikgu Jang .. said...
3/11/09 8:02 PM  

Yg koi nampak zaman Pk Lah satu je yg benar2 menjadikan bangsa kite ke arah bangsa Al Quran, iaitu konsep guru JQAF.....memang bagus sebabnya ade sesetengah budak darjah 1 pun dah boleh baca Quran ...hasil dr p&p tsbt

gravatar
zai said...
4/11/09 12:14 AM  

Assalamualaikum...

Mmg kelakar giler cite ni wlu pernah baca kat blog ustaz saifun,..bayangkanlah betapa teruknya kalau generasi masa depan tak tau membaca alquran kan ?

gravatar
syahbandar87 said...
4/11/09 1:17 AM  

aduhai..sampaikn camtu skali.hehe..tp penuh dngn isi pengajaran kpd kita semua kn...sy fikir mungkin rmi lagi yg masih x mampu baca quran kn..walaupun baca x betul tajwid sekurang2nya boleh baca pun jd la..sdh bila ada umat islam yg alif ba ta pun msh tertukar-tukar dan ada yg x knl lansung pun.salah ibubapakah ataupun slh diri sndri

gravatar
tinta kasturi said...
4/11/09 12:23 PM  

cikgu jang. kak zai. syah

kesiankan nabil, harapnya tak jadi kat anak2 kita dan anak2 islam yg lain,

memang bagus memandaikan anak-anak ,membaca alquran (menggaji)

lebih jauh dan sangat jauh bagusnya lagi jika mengajar anak memahamkan alquran (mengkaji)

terapan pengkajian yg dimulakan sejak kecil lagi, bukan bila dah besar (dekat2 nak pergi...)

gravatar
cemomoi said...
5/11/09 11:39 AM  

hemm patut org slalu cakap kalu nak buat roti canai pon aa dalam quran.. ni plak cerita almari... mcm2 tafsiran yea

Post a Comment