feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Jurus Minda

Labels:


Ralph Waldo Emerson pernah berkata

“Seseorang itu akan menjadi apa yang sering difikirkan”.

Apabila kita berfikir tentang sesuatu, dengan kerap, perbuatan kita akan cenderung mengikut apa yang difikirkan. Logiknya di sini, berfikir melibatkan penggunaan otak, manakala pergerakan tubuh pula terjadi atas penghantaran isyarat atau impuls dari otak kepada anggota badan, baik organ dalaman mahupun anggota luaran. Jadi fikir dan tindak suatu yang punya kaitan rapat.

Terdapat orang yang sering memikirkan tentang bola. Lantas terungkap motto “makan bola, minum bola, tidur bola” segala-galanya perihal bola. Walaupun, hafalan subek sains mahupun geografi mengundang kesukaran, namun berbeza untuk bola. Ibarat makan kismis minda khusus untuk bola sahaja, segala-gala tentang bola dapat dihafali jauh lebih baik dari menghafal rukun wuduk atau haji. Nama pemain, nombor jersi, asal di mana, status perkahwinan, nama pasukan, jadual harian, menjadi zikir harian bagi ahli fikir bola. Tindak-tanduk harian semua berbudayakan bola, baca surat khabar tentang bola, tengok bola walaupun orang lain sudah lelap mata, sembang-sembang tentang bola, petang main bola. Pendek kata, serba-serbi aktiviti bersangkut ehwal bola. Tanyalah apa sahaja, tentang bola semuanya boleh dijawab tepat. Kalau ada subjek bola dalam peperiksaan, pasti kalau bukan A diperolehi, A + dirangkul. Hebat dan bagus sekali hasil memori dan ilmu bola apabila sentiasa menjadi bahan fikir harian.

Dari contoh di atas, dapat disimpulkan, apa yang kita sering kita fikirkan adalah apa yang kita minat. Maka, bagi membentuk pola fikir kita yang bagus juga, kita perlu membentuk pola minat terhadap suatu yang baik serta bermanfaat untuk kehidupan kita. Minat tidak semestinya hadir secara alami, minat juga boleh dipupuk.

Macam-macam jenis perkara lagi yang biasa difikirkan sentiasa oleh orang kebanyakan seperti wanita, pangkat, harta, tv, radio, gossip dan macam-macam lagi. Dalam masa yang sama juga, tidak sedikit pula yang jarang-jarang berfikir, menjadikan otak yang diletakkan dikepala itu mahal harganya. Tinggi nilainya sebab kurang diguna. Bagi kategori sebegini, kehidupan yang dijalankan rutin, bangun pagi, pergi kerja, balik malam, tengok tv, tidur sebagai ulangan aktiviti sehari-hari. Mentaliti kategori ini, pada kebiasaannya terselimut dengan zon keselesaan.


Justeru bagaimana dengan kita, apa yang kita paling banyak fikirkan, apa yang sepatutnya kita paling banyak fikirkan? Mengulang kembali kata-kata Ralph Waldo
Emerson, bahawa kita akan menjadi apa yang kita sering fikirkan, bermaksud kita harus selalu fikirkan tentang tujuan dan matlamat kita. Apa yang kita mahu capai. Dalam erti kata lainnya kita harus sentiasa memikirkan tentang kejayaan berbanding kegagalan, kekayaan berbanding kemiskinan, keberanian berbanding ketakutan. Orang yang cenderung berfikir kejayaan cenderung berjaya, sebaliknya orang yang suka berfikir tentang kegagalan akan cenderung capai kegagalan. Begitu juga dengan kekayaan dan kemiskinan. Maka, selalulah fikirkan tentang kemenangan dan kejayaan.

Namun, harus diingat berfikir sahaja tidak akan mengubah apa-apa, yang akan mengubah adalah tindakan yang dibuat hasil apa yang difikirkan. Ganjaran datang dari apa yang kita buat, bukan dari apa yang kita tahu atau fikir. Jadi, fikiran yang bermanfaat itu adalah, fikiran yang kerap dan diikuti dengan tindakan tanpa tangguh. Itu yang pasti. Fikirlah tentang apa yang kita mahu dalam kehidupan. Apa fokus kita, apa tujuan yang kita ingin capai.


Tahun 2009 dan 1430H sudah hampir sampai ke penghujungnya. Apakah matlamat kita tahun ini sudah kita capai? Atau mungkinkah kebanyakan dari kita tidak langsung menetapkan apa-apa matlamat yang harus dicapai. Sama-sama kita renungkan agar kehidupan menjadi lebih bermakna, nikmat umur lebih kita syukuri dengan buat sesuatu yang lebih bermatlamat dan bermanfaat, sementara masih dikurniakan umur. Tahun hadapan, apa matlamat yang kita sasarkan, harus kita garisi diperingkat awal lagi, tanpa tunggu detik 12malam 1 januari atau 1 muharram nanti. Seperti biasa, uusini wa iyyyakum, peringatan ini lebih untuk diri saya sendiri dan dikongsikan kepada sahabat-sahabat sekelian agar manfaat. Mari kita sama-sama renungkan beberapa ayat yang lebih tepat menjadi keutamaan fikiran dan penumpuan nurani kita, dan penting dijadikan rangka dalam meletakkan sebarang matlamat.

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, (Arrum (30):30)

Katakanlah: "Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)". (AlAn’am(6):162,163)

“Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.” (AlAn’am(6):79)









4 comments:
gravatar
Leenoh said...
6/10/09 9:24 PM  

Salam.

Jika terlalu minat kepada satu sahaja akan menjumudkan fikiran kpd satu aspek dan berkembanglah firan kita dalam aspek tersebut sehingga akhirnya dianggap pakar pula dalam hal berkenaan.kekadang menguntungkan dan kekadang pula merugikan.
Apapun, jika berfikir secara sepadu mungkin lebih relevan dengan semua keadaan.
Entri anda telah membuka minda saya utk memberi ulasan.

gravatar
tinta kasturi said...
7/10/09 10:48 AM  

betul kata pak ngah,

berdasarkan ayat yang telah dinyatakan di n3

"Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama (din)..."

membawa pengertian perlu hadapkan segenap pemikiran kepada din, din adalah sistem hidup, sistem hiduo tentunya merangkumi segenap aspek kehidupan..

termasuklah bola, tak salah ambil tahu tentang bola, tapi bak kata pk ngah tadi, tidak boleh jumud kepada satu-satu perkara sahaja

perlu meluas, alamiyah.. syumuliah..

terima kasih pak ngah

gravatar
Cutiesifa said...
9/10/09 2:49 PM  

sbb tu kita x digalakkan berfikir benda2 yg x elok akan jadi..takut benda itu betul2 jadi pulak..

gravatar
tinta kasturi said...
9/10/09 6:11 PM  

cutie,

ya betul!

:)

Post a Comment