feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Sepi Bukan Mati

Labels:


Ada masa Muhammad berdiam diri

Diam tidak bermakna kosong lohong

Diam-diam berisi

Diam tuntutan kondisi

Agar kejahilan Sang Jahil tidak bererti

Agar Sang Aalim tidak terjun ke kolam emosi

Emosi peruntuh moral peribadi

Akhirnya benci-membenci tidak henti

Berbicara tanpa solusi

Biarlah Sang Jahil dengan kecetekannya

Lebih baik mencari manfaat berbanding rugi

Tidak semua jahil tak boleh diisi

Carilah jahil yang minta diisi

Bukan jahil gegendang sepi

Bagai mencurah di daun keladi

Biarlah dia jangan dilayan lagi

Kelak dia akan ketahui

Kelak dia akan ketahui

Ketahuilah.. kelak!

Kita sama-sama nanti..



* dipetik dari komen sendiri dalam blog Dr Ridhuan Tee

http://ridhuantee.blogspot.com/2009/09/isu-timbul-kerana-kejahilan-beragama.html


"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil".

(Qosas(28):55)








4 comments:
gravatar
pecinta_Islam said...
9/9/09 3:33 PM  

orang sastera rupanya..berjiwa seni..ssh sy nk faham...mungkin suatu hr nanti sy akan menceburi bidang ni plak..sbb rse cam minat.cuma x tau nk blaja kt ne..mesti de disiplin2 dia jgk kn dlm menghasilkn nya kn..walaupun sy hnya sedikit faham tapi sy terhibur juga..
:)

gravatar
tinta kasturi said...
10/9/09 1:22 AM  

emm.. erk.. uish.. jgn la mcmtu sudara, bidang terjun je, sy blaja sain dulu, tp memang minat nak menulis, bila mood dia dtg, xsampai 5minit pun boleh berjela2, tak tahulah style betul ke tidak (nak kena belajrlah juga nanti), tapi yang penting bg saya datang dari hati, dan rasa puas menulis..

terima kasih syhbndr..
your blog's entry very good too..
i like.

gravatar
Leenoh said...
14/9/09 7:04 PM  

Salam Tinta Kasturi.

Sajaknya sederhana harum mewangi,
memuatkan sarat dakwah terkini.
mesejnya difahami setelah diteliti, kerana kalamnya sangat halusi.
Insya Allah dapat ganjaran ilahi.
sudah tentu di akhirat nanti.

gravatar
abuyon said...
15/9/09 5:53 PM  

salam tinta,

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya pakcik Ta ..
pinta anak-anakku ..hehe

Post a Comment