feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Gelonggang Selipar

Labels:


Karangan
Selipar. Teringat masa kecik-kecik dulu ada tajuk karangan yang cikgu minta tulis, Aku sebatang pensel, Aku sebiji bola, Aku sebuah pasu bunga dan macam-macam lagi. Bila timbul isu selipar, inilah antara yang timbul di benak yang harap-harapnya tak jadi benak. Rasa macam nak tulis karangan "aku sepasang selipar". Tapi coretan ini tidak ada kena mengenanya dengan ehwal semasa yang berlaku. Hanya sekadar suka-suka memandang dari sudut yang tersorok berkenaan selipar yang mahu dikalungkan.

Mulia
Jelasnya selipar dipandang hina dalam isu yang timbul baru-baru ini. Apalah salahnya selipar itu sehingga di pandang hina sedemikian rupa. Kasihan selipar. "Tidak ku pinta lahir ke dunia, tidak ku pinta jadi selipar..." nyanyian isi hati selipar kalau punya hati dan perasaan. Walaupun selipar letaknya di kaki, tempat yang paling bawah. Dipijak-dipijak menjamah bumi. Hakikatnya, selipar banyak berbakti. Tanpa selipar, kaki manusia yang terpijak najis, akan terkenalah pada kulit. Tanpa selipar, kulit-kulit kaki yang tebal akan sakit juga bila berjalan di batu-batuan tajam. Selipar juga berguna, buat mengalas kaki dilantai tandas yang penuh pepak dengan kotoran baik tampak mahupun seni. Pendek kata, selipar layak dapat pingat bakti. Kalau tidak ada yang sudi menjadi selipar, dunia jadi tidak sempurna. Habislah kaki-kaki sebuana dicemari. Kecacinganlah nanti manusia-manusia yang menapak dibumi tanpa selipar. Gelilah segenap kaki-kaki menjejak dasar bilik air lagi-lagi yang tidak dicuci. Justeru, janganlah dihina selipar kerana letaknya di kaki. Setiap yang ada punya fungsi diri. Nampak hina, tapi mulia.

Hina
Atas kemuliaannya, alangkah indahnya selipar jika dikalungkan. Tentu selipar gembira tidak terkata. Mendapat tempat di hati insan sehingga mahu diambil menjadi hiasan. Namun, itu sangkaan sahaja. Mungkin selipar pun tidak setuju dipandang sebagai kalungan. Kemuliaan selipar bertukar hina bila digelonggangkan. Biarlah selipar, menjadi alas selama-lamanya. Kerana selipar tahu akan fungsinya. Lari fungsi bermakna, hina. Tak berguna. Di maki hamun nanti. Begitulah adanya. Melanggar fitrah kejadian namanya. Selipar yang dikalungkan ke badan manusia itu merosakkan. Rosakkan pemandangan dan hancurkan konsep kejadian. Tidak adil istilah selipar yang mahu dikalungkan itu. Zalim. Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tegakkan keadilan kepada semua. Perjuangkan nasib selipar. Hidup Selipar! Hidup Selipar!

Adil
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (Annisa'(4):58)






16 comments:
gravatar
Anonymous said...
16/9/09 2:05 PM  

Tinta kasturi,
Bagus tulisan ni. banyak maknanya.
Rupanya anda pemikir.
azizi abdullah

gravatar
tinta kasturi said...
16/9/09 4:55 PM  

Terima kasih,
Ini azizi abdullah penulis terkemuka itukah?
Kalau benar, wah.. bagusnya rasa di dalam hati saat ini.

gravatar
Abd Razak said...
16/9/09 5:47 PM  

assalamualaikum...

kadangkali tercemar juga selipar hasil perbuatan manusia di masjid mengambil hak orang lantaran melihat rupa selipar itu cantik dan mahal...

kesian selipar

gravatar
ImranAbdulJabar said...
16/9/09 6:23 PM  

kalau semua tak sudi menjadi apa-apa, kakulah bumi.

setiap sesuatu ada fungsi masing-masing. cuma dia perlu berfungsi pada tempatnya...'lah.

gravatar
tinta kasturi said...
17/9/09 12:29 AM  

Razak,

selipar yang cantik lagi mahal mmg jadi tarikan,
hatta selipar tak cantik lagi murah pun kena cekup,
Persamaannya adalah puak-puak selipar ini diculik saat tidak bertugas..

Kasihan selipar, hidup di zaman 'beg sireh pun dia sosaaah!'

;)

gravatar
tinta kasturi said...
17/9/09 12:30 AM  

Sifoo,

Alhamdulillah,
Perbicaraan tanpa sia kepada yang mahfum,

Syukran akhi

:)

gravatar
Tirana said...
17/9/09 3:36 AM  

Selipar mulia fungsinya walaupun tempatnya di kaki.

gravatar
g@dis blUr said...
17/9/09 9:02 AM  

klu byk sgt selipar...jgn buang...simpan wat kenangn..he3..xpnh jmp lg owng yg hobi die kumpl selipar :P

gravatar
tinta kasturi said...
17/9/09 11:09 AM  

Tirana,

setuju..
sama je dlm kehidupan kita seharian, ada yg melaksanakan tugasan yg org lain xmampu nk lakukan, nampak tugasannya kurang menyelerakan, tp kalau takde org tu, habiiis lah..

gravatar
tinta kasturi said...
17/9/09 11:35 AM  

Nurul,

Cadangan menarik
Selipar,
Pengorbananmu dijulang,
Jasamu dikenang,
Salam lebaran,
Buat selipar..

hu hu..

thx nurul.

gravatar
terokai seni said...
17/9/09 4:28 PM  

antara slepar dengan penyapu dua-dua dihina. satu cuba diberi marhain kpd pemimpin satu lagi dari pemimpin kepada marhain, nampaknya pemberi terpaksa mhinanya slepar dan penyapu kerana berbeza tentang tafsiran fungsi

gravatar
tinta kasturi said...
17/9/09 5:11 PM  

alhamdulillah cemomoi

hang memang berjiwa seni
Faham bait-bait tersembunyi

Salam raya buat cemomoi sekeluarga

:)

gravatar
mohdsyahid said...
18/9/09 8:45 AM  

raya nanti lebih selesa berselipar dari kasut. senang dan mudah.

gravatar
Abu Aiman said...
18/9/09 8:53 AM  

Isi yang bermakna.

Tengok gambar, teringat sengaja memakai selipar jepun yang berlainan jenis ke masjid supaya tidak dicuri, hehe.

gravatar
cahaya malam said...
18/9/09 10:10 AM  

salam...

ya,
kadangkala,
yang banyak berbakti menjadi hina,
bukan jadi yang pertama,
menjdi punca hina,
sedangkan baktinya kita rasa bersama,
"hanya jauhari mengenal selipar"
hehehe ;)

Selamat hari raya Aidilfitri mulia,
ampun maaf dipinta,
mencuci hening dosa,
semoga sejahtera selalu dan sentiasa dalam keredhaan Allah.
(^^,)

wassalam...

gravatar
tinta kasturi said...
18/9/09 12:26 PM  

syahid,
yg ringkas biasanya lebih menyelesakan, salam raya buat saudara

ya abu aiman,
strategi bistari, ada satu lagi,
letak satu disitu, satu disini..
salam raya, maaf zahir batin

cahaya malam,
johari juga mengenal selipar
he he,
salam raya juga buat saudara
ampunkan dr hujung ke hujung

Post a Comment