feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Ubat Angin dan Tegang

Labels: ,

Urat tengkuk menegang, bagaikan tegangnya net badminton semasa Datok kalah berlawan tempoh hari. Biasanya orang kata tanda darah tinggi. Tekanan darah aku memang tengah meninggi. Tapi tidaklah setinggi gunung Everest mahupon gunung Jerai. Batuk-batuk kecil dimulut dan hati turut bersahabat dengan tegangnya urat tengkuk. Semuanya mencerminkan simptom tekanan perasaan yang melanda diri sejak semalam, serentak dengan kejadian taufan Kekwa yang melanda di Nipon. Angin kencang itu membuatkan aku selalu sendawa dan kentut . Gaviscon pun aku teguk buat menambah bilangan sendawa dan kentut. “Sesungguhnya tempat mu bukan disini wahai angin, kembalilah ke atmosfera diluar sana” jampi aku sendiri. Dapat ilham dalam mimpi berjumpa Nur Kasih malam tadi. Suatu fenomena mengasyikkan, jarang-jarang aku temui. Kendur seketika urat tengkukku mengenangkan Nur Kasih dalam mimpi.

Aku tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan sepuluh, aku lepaskan perlahan-lahan dalam kiraan sepuluh juga. Ini adalah petua yang diajarkan oleh kaedah Yoga yang telah diharamkan itu. Kini, aku tukarkan nama teknik pernafasan itu sebagai Yogi supaya tidak dicemuh oleh mana-mana media. Ini adalah salah satu bentuk langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku sebarang kontrovesi. Aku yakin dengan tindakan ini sebab bagi aku takkanlah bernafas dalam-dalam pun boleh jatuh haram sebab yoga yang ajar.

Lega rasanya mendapat oksigen yang cukup. Tenang sikit beban di dahi ku yang sememangnya luas. Perut ku yang memang semulajadi kencang juga sudah mulai bertenang. Alhamdulillah, inilah nikmat buang angin. Angin yang terhasil akibat tekanan perasaan. Nampaknya seakan-akan ada perkaitan antara tekanan perasaan dan angin dalam badan. Entahlah, mungkin nanti aku akan ajukan kepada Prof Ahmad Fuad, bekas pensyarah aku, kalau-kalau dia sudi kajikan. Aku dengar sekarang ini dia ada pembantu yang rajin dan gigih. Mudah-mudahan kajian itu beroleh jawapan yang tepat. Mungkin nanti mereka-mereka, pengkaji ubat-ubat akan beroleh ubat yang boleh mengatasi keberkesanan gaviscon bagi melegakan angin satu badan.

Bila angin sudah tenang, tidak kencang, kelopak mata bertahap-tahap mula rasa berat. Perlahan-lahan menyepet. Pandangan zahir mula kabur, hilang perlahan-lahan bertukar menjadi gelap. Aku pun tertidur lantas sekonyong-konyong termimpi lagi, kali ini bukan Nur Kasih yang datang , lebih anggun dan mantap lagi. Siti yang muncul, sungguh ku tak sangka sekali. Bukan Siti Nurhaliza, tidak juga Siti Kos Endang apatah lagi Siti Ghouss adik kepada Fauziah Ghouss, tapi Siti yang manis rupawan, tiada tandingan.. Dia adalah isteriku sendiri. Oh, sungguh tenang sekali perasaan ini. Aku mula terfikir untuk membatalkan rancangan memohon Dr Ahmad Fuad buatkan kajian ubat penghilang tekanan dan angin. Sebab aku dah jumpa ubat yang jauh lebih baik dari gaviscon. Penyedap mata dan penghibur hati kala lara. "Ee eewah, dalam mimpi pun boleh bersastera" hatiku tercuit dengan insiden yang berlaku dalam mimpi asyik itu. Isteriku perlahan-lahan menghampiriku, Dia tersenyum dan aku tersengih. Sambil tersenyum dirapati isteriku, otak aku mula terpinga-pinga dalam penafsiran. “Betul ke tengah mimpi ni?”

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."( Arrum (30):21)
"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (Alfurqon(25):74)






26 comments:
gravatar
Nida n' Hanafi said...
29/10/09 3:56 AM  

Salam;
Sungguh tenang membaca entri ini..walaupun pada awalnya agak lucu. Hati menjadi sayu bila menyentuh peranan isteri dalam mendamaikan hati suami.... sejurus selesai membaca entri ini, terus saya berYM dengan suami yg baru sampai di universitinya... terasa amat rindu padanya walaupun baru berjauhan (tak jauh pun)tak sampai 10 minit pun...Terima kasih atas entri yang meninggalkan kesan di hati saya...

p/s: andai dapat memilih mimpi, saya impikan untuk bermimpi bertemu keluarga di Malaysia, terutama ibu tercinta :-)

gravatar
Tirana said...
29/10/09 5:00 AM  

Seronok masuk blog kasturi ni..Setiap entri pasti ada sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Gaya bahasa sederhana tapi sarat dengan makna.

Alhamdulillah, jika isteri menjadi penenang kepada suami tapi suami bagaimana pula, bolehkah jadi penenang kepada emosi isteri? Mudah-mudahan ye...what you give you'll get back.

gravatar
ahmad humairi said...
29/10/09 8:07 AM  

salam,

malam...mencari mimpi,
siang...mencari erti,
andai mimpi berwarna-warni,
itu tandanya realiti...

gravatar
Werdah said...
29/10/09 10:55 AM  

Salam Kasturi,

Tahniah n alhamdulillah, penceritaan yg mengasyikkan,, bertuahnya punya siti yg menghilangkan tekanan.. semoga bertemu juga di alam yg kekal abadi menjadi bidadari harum mewangi..menemanimu dlm kesenangan dan ketenteraman.. Amiin.

Kasturi, sblm minta bekas pensyarah kaji ttg 'angin' tu boleh baca hasil kajian di sini : http://permatainn.blogspot.com/2009/10/soal-jawab-tentang-tut.html

gravatar
terokai seni said...
29/10/09 4:08 PM  

crita angin dan hangin... member buang angin aku hangin satu badan... kalu isteri, sokmo makan angin bila suami buang angin. keadaan berbeza bila sebaliknya, hangin! sabar je le

gravatar
tinta kasturi said...
30/10/09 1:20 AM  

Nida
alhamdulillah, moga kebahagiaan sesama suami istri akn mengalir kpd anak2 kita nnti..jadilah baiti jannati, institusi pddkn sebenar utk mereka..

mimpi yg indah2 ya

Tirana
seronok menyeronokkan orang..
terpaku jap dgn soalan bonus tu. Mmg kdgkala lelaki punya ego begitu, nak dilayan lebih, bila dia yg kena layan dikurang2kan

cthnya : nak layan isteri pergi shopping... he he

cikgu humairi
dalam maksudnya tu. saya setuju.
andai dunia satu warna, tentu bosan dan pening kepala.

kak werdah
trimas atas doa dan 'kentut'

cemomoi
sabo sabo..dunia ni sementara
:)

gravatar
Mak Su said...
30/10/09 3:42 PM  

salam kenal, terima kasih sudi singgah ke ceritakosong :)

gravatar
Leenoh said...
31/10/09 8:16 AM  

Salam Tinta Kasturi.

Pak Ngah teringin sentuh mengenai angin. Angin sebenarnya banyak jenisnya, di antaranya kepala angin, naik angin, ada angin, angin ribut, angin ahmar, angin timur, angin barat dll.

Angin dalam badan.
angin ini ada yang baik ada yang jahat, makanan punca menyebabkan angin,
kalau makan kekacang,ubi,rebung, buah sukun dan banyak lagi boleh menyebabkan angin.

Angin diperlukan di dalam badan, cuba bayangkan kalau tiada angin, mungkin berminggu isi perut tidak dapat keluar.

Angin jahat bergerak ke atas dan angin baik bergerak ke bawah.

Bila angin jahat bergerak ke atas dia singgah di kepala memberi tekanan kepada otak, maka sakitlah kepala, kekadang boleh hilang dengan cara buat bagi bersin, caranya jolok ke dalam hidung sehingga bersin beberapa kali insya Allah melegakan.

Kurangkan angin dengan cara makan makanan yang boleh melawaskan, banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran, makan bila lapar dan berhenti makan bila hilang lapar, setiap kali lapar kena makan, jangan ditangguh.

Tu dia panjangnya nasihat Tok Moh...hehehe...bergurau bermakna.

gravatar
Unknown said...
31/10/09 8:36 AM  

Salam. Saya blogger baharu. Nanti saya akan selalu ziarah blog anda. Banyak ilmu boleh dipelajari di sini.

gravatar
tinta kasturi said...
31/10/09 3:32 PM  

salam

mak su
terima kasih datang sini

pak ngah
amboi panjangnya, tapi maklumat yg menarik juga tu

mybabah
kalau ada apa2 soalan yg boleh sy bantu, (yg boleh la)
sebab saya pun baru juga. (berlagak lama.. he he)

gravatar
Abd Razak said...
31/10/09 5:16 PM  

Salam...

Cerita kita seolah-olah sama...:)

...diserang gemelut sedawa yg tak sudah sehingga akhirnya muntah2 dan cirit birit...rupanya keracunan makanan

...lalu tak bermimpi...

gravatar
pecinta_Islam said...
1/11/09 12:10 AM  

hehe..tertarik sungguh saya akan kesudahannya..bahgia tul wanita yg hadir dlm mimpi tu merupakan kenyataan bila saudara buka mata.kenyataan kerna ada bersama-sama dngn saudara.alangkah kecewanya diri sy ni bila kehadiran wanita yg indah di dalam mimpi yg mengasyikkan tetapi bila buka mata ternyata ianya bknlah realiti..huhu

gravatar
tinta kasturi said...
1/11/09 2:26 AM  

Razak
keracunan makanan jasmani biasanya ada simptom org perasaan keracunan,
keracunan makanan jasmani..
ada simptom juga, tp org biasanya tak perasaan tgh keracunan

lalu..

mati tapi hidup
tidur tapi jags

Syah
insyaAllah kita sesama doakan mimpi jadi realiti
amin
:)

gravatar
zai said...
1/11/09 1:56 PM  

Salam TintaKasturi..

Wah mimpikan nur kasih erk ?? hehehe...nasib isteri tak jeles erk..


itulah mimpi ni kadang2 boleh jadi indah..kadang2 boleh jadi mengerikan..

tentang sendawa dan kentut tu..rasa2nya kentut lebih baik kut...jangan buang angin sampai oranglain lari bertempiaran dah lah yer..

Semoga perkahwinan yang dibina juga kekal selamanya.

gravatar
tinta kasturi said...
1/11/09 10:02 PM  

salam kak zai..

mimpi nur kasih tu rekaan semata-mata, buat penyedap al-kisah,

yang penting..
hargai pengorbanan seorang isteri

terima kasih atas doa..
amin

gravatar
myQza said...
1/11/09 10:44 PM  

buang angi bertambah selesa... badan rasa ringan.. :)

salam. terima kasih!

gravatar
izakhairi said...
1/11/09 11:15 PM  

salam tinta kasturi,

pertama kali singgah ke sini,
maka terbacalah coretan yang indah sekali,
terasa seronoknya menjadi isteri, jika suami selalu hargai...

teringin rasanya mendengar keluh kesah suami bermimpikan diriku...

gravatar
tinta kasturi said...
2/11/09 12:55 AM  

si tedi
buang angin memang nikmat
ringan melayang2

sis iza
saya syg isteri krna Allah

:)

gravatar
Kamsiah yusoff said...
2/11/09 6:51 AM  

salam...
berbahagialah suami yg mendapat isteri yg begitu mendamaikan jiwa,menyejukkan rasa..
kerana kita tau,diluar sana bkn sikit isteri yg ego dek tingginya pangkat,bkn sikit isteri yg tak mghormati suami..
dan bkn luar biasa isteri curang dibelakang suami

gravatar
Umi Nazrah said...
2/11/09 10:23 AM  

salam ziarah, ayat yang mendamaikan :)

gravatar
siti ajar bt yaakob said...
2/11/09 3:21 PM  

sememangnya wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Itu janji allah. Bersyukurlah. Sama2lah kita saling melengkapi...kerana tiada individu yang sempurna...kalau sorang buang angin..yang sorang lagi tu cepat2 la lari, he he.

gravatar
tinta kasturi said...
2/11/09 3:38 PM  

Kak Kam,
bahagia3..

Nazrah,
sakinah, mawadah wa rohmah

kak ct
keindahan perkahwinan terletak pd kesediaan menerima kekurang memasing,
betul..
saling lengkap melengkapi

gravatar
secangkir madu merah said...
2/11/09 4:15 PM  

beruntung siisteri punya suami spt kasturi yg tahu menilai kecantikan & keunikan yg ada pada isteri...
tak sangka ada juga suami yg seronok bermimpikan isteri sendiri...

gravatar
tinta kasturi said...
2/11/09 8:21 PM  

secangkir madu merah..

tanpa isteri siapa nak sediakan makanan, basuh pakaian, seterika baju, kemas rumah, jaga anak...bla-bla

walaupun tggjwb sebenarnya dibahu suami.

terima kasih buat isteriku
i luv u full

gravatar
hafiz zainuddin said...
3/11/09 1:28 AM  

mendapat ketenangan, isteri yang baik, memahami, kesihatan yang bagus... sejahtera dan selamat keatas mas dan keluarga!

gravatar
tinta kasturi said...
3/11/09 1:46 AM  

terompahkayu

sejahtera dan selamat kembali buat kamu

:)

Post a Comment