feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Hari ini

Labels:

Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Dengan penuh penghayatan, bayangkan kita hanya ada hari ini sahaja untuk hidup. Esok untuk kita tiada lagi. Bayangkan kita tahu hakikat itu hari ini, bagaimana rasanya? Apa yang kita bakal lakukan hari ini? Berhenti membaca seketika dan bayangkanlah dengan halus.. bagaimana?

Dalam keadaan kita yang tahu hanya ada hari ini, Bila kita berkata-kata dengan orang, bagaimana cara kita berbicara? perkataan yang bagaimana kita akan gunakan? Bagaimana ekspresi wajah yang kita pamerkan saat berbicara? Andai ini hari yang terakhir, pasti semuanya akan kita katakan dengan lemah-lembut, menjaga tatasusila, bersopan santun agar tidak mengguris siapa pun. Bahkan kita akan cuba ungkapkan kalimah-kalimah yang paling sedap didengari telinga. Terutamanya buat orang-orang yang terdekat dengan kita, orang-orang yang kita sayang.

Saat ini, andai kita mafhum bahawa esok tidak akan muncul, bagaimana bertindak balas dengan tekanan. Baik tekanan keluarga, kerja dari sahabat-sahabat atau dari apa sahaja? Bagaimana kita menghadapi cabaran baru hari ini sedang kita tahu esok sudah tidak ada? Tentu bebannya yang asal 20kg boleh mendadak turun kepada 5kg atau sekilo mungkin. Tenang akan menyambut sebarang cabaran. Tindakan juga pasti tidak ketinggalan sebab kita tahu yang ada hanya hari ini.

Hari ini sahaja yang tinggal untuk kita. Bagaimana kita melayan kedua ibubapa? bantuan apa yang kita hulurkan buat isteri? Pesanan apa yang kita tinggalkan buat anak-anak? Orang-orang yang terdekat, orang-orang yang tersayang ini, bagaimana kita menghargainya selama ini, bagaimana pula dengan hari ini, hari yang terakhir untuk kita.

Bagaimana pula hubungan kita dengan Allah. Untuk peluang terakhir hari ini. Solat sesempurna mungkin, Menghayati bait-bait kalimahNya dalam kitab suci, Pohon keampunan dan meniggalkan segala kejahatan baik yang tampak mahupun yang tersorok. Bersedia menghadapi saat-saat dihisab. Tentu sesuatu yang meresahkan hati sehingga setiap suatu yang dibuat hari ini, pasti niatnya tidak lain semata-mata kerana Allah. Semua tindakan dilakukan atas nama ibadah.

Jadikan hari ini, dan setiap hari, hari yang terakhir dalam hidup kita. Tentu manfaatnya tinggi. Kualiti hari-hari yang kita bernafas di dalamnya pasti tidak mengecewakan. Tentu hari ini bakal memahat memori terindah dalam diari hidup.

Semalam adalah hari yang telah berlalu. Datangkanlah segenap kekayaan di bumi, pasti tidak akan dapat mengembalikannya. Apa yang berlaku yang tidak molek pada pandangan mata atau hasrat dihati jangan kita tangisi. Jadikan pelajaran untuk lalui hari ini. Yang penting adalah hari ini. Esok belum pasti kita ada. Jangan terlalu serabutkan diri dengan apa yang bakal berlaku esok. Yang penting hari ini, jadikannya hari yang terakhir.





8 comments:
gravatar
Guru said...
3/3/10 10:20 PM  

kehidupan kita sebenrnya hanyal sekelip mata

gravatar
tinta kasturi said...
4/3/10 9:31 AM  

> abd razak
betul tu, terima kasih

> cikgu kl citizen
kena lah selalu beringat, kita manusia yg fitrahnya selalu terlupa, maka eloklah kiranya dalam wadah blog ni kita saling ingat mengingati

gravatar
ahmad humairi said...
4/3/10 10:06 AM  

insyaAllah,
tiada esok lagi....,
selamat tinggal,
pada kemungkaran.

gravatar
Werdah said...
4/3/10 10:37 AM  

Salam Kasturi.

Jika itulah yang dingatkan setiap saat org itu dikatakan org yang pintar oleh Nabi Muhammad saw. Bila ingat tiada lagi esok bagimu tentu sgl tindak laku terjaga. InsyaAllah. Mudah2an kita sentiasa memelihara diri berada di jalan yg benar. Amiin

gravatar
tinta kasturi said...
4/3/10 10:46 AM  

> cikgu myri
InsyaAllah.. amin

> kak werdah
insyaAllah,
"bekerjalah seperti kamu akn hidup 1000 tahun lagi, beramallah seperti esok kamu akan mati"

gravatar
Unknown said...
4/3/10 10:15 PM  

Salam. Sekali-sekali tinta menulis, apa yang dibaca terasa cepat habis. Terus menyusuk ke dalam hati bagi yang mahu menghayati...

gravatar
Anonymous said...
5/3/10 12:58 PM  

Salam, akan melakukan yang terbaik untuk yang akan ditinggalkan dan ke arah yang akan dituju.

gravatar
tinta kasturi said...
6/3/10 2:00 AM  

> babah
terima kasih, semoga kta sama2 dapat manfaat, yg pntg kita amalkan, insyaAllah

> Kunang2
alhamdulillah, sesama lah kita

Post a Comment