feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Ahlan wa sahlan Romadhan al-Mubarak

Labels: ,

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.(2:184-187)


Rasulullah saw bersabda

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dalam perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan dan minumnya" (Hadis Riwayat Muslim)

"Bukan dinamakan berpuasa dengan hanya meninggalkan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia dan keji" (Hadis menurut Sahih Muslim)

"Makan sahur itu berkat, oleh itu jangan kamu meninggalkannya walaupun dengan meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang bersahur dan malaikat mendoakannya"
"Barangsiapa mengerjakan puasa dengan penuh keimanan dan pengharapan, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
" Puasa itu menjadi perisai. Apabila seseorang dari kamu berpuasa maka dia tidak boleh bercakap kotor dan membuat maksiat. Apabila seseorang ingin mencacinya dan mengajak bergaduh, hendaklah dia mengatakan "Sesungguhnya aku sedang berpuasa" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah" (Riwayat Abu Hurairah)
"Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi mereka itu tidak lain, hanya mendapat lapar dan dahaga"
Bulan yang mulia, penuh keberkatan. Masanya dinanti. Perginya dirindui. Ramai yang punya azam yang kuat seperti tahun-tahun sebelumnya "Bulan puasa ini, aku mesti lakukan yang terbaik, amalan maksima, tak nak miss tarawih". Begitulah senario kedatangan bulan ramadan. Semoga penghayatan bulan ramadan ini, memberi impak mendalam pada diri. Merealisasikan misi siyam untuk membentuk pekerti mithali, menjadi insan bertaqwa. Taqwa, ya, taqwalah antara tujuan puasa itu dituntut. "... agar kamu bertaqwa" (2:183).









0 comments:

Post a Comment