feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SenGeT SaNa siNi

Labels:




Di Rawang, seorang budak dipukul hebat oleh budak-budak yang lain. Kehebatan pukulan itu membawa kepada koma. Apalah nasib malang budak itu. Malang juga buat ibu bapa yang itulah satu-satu anaknya yang dikurnia Allah setelah 6 tahun berumahtangga. Aduh, parahnya perasaan mereka tidak dapat dibayangkan. Katanya, disebabkan perbuatan jeling-menjeling terjadinya aktiviti pukul-memukul itu. Darah muda tidak terbendung. Nafsu dijulang lebih tinggi mengatasi akal. Buruk akhlak sungguh. Ini pasti akibat kekurangan ilmu dalam dada masing-masing. Ilmu mampu menyeimbangkan emosi dan intelek. Kebuluran pendidikan ini menyebabkan emosi melebihi intelektual. Tidak seimbang, lantas senget-benget. Sesenget tindakan liar yang dibuat. Tindakan berbudaya rimba belantara. Orang senget.

Di Johor bharu, Satu lagi kisah, isu senget juga, kali ini lebih senget lagi. Seorang wanita oku, dipercayai telah dibunuh oleh anak sendiri berusia 22tahun, akibat pertelagahan antara membeli motor atau kereta. Kalau dia sedar pengorbanan ibunya sejak dari mengandungkan dirinya, membesarkan dari tapak kaki sebesar dua batang jari, sampai sudah besar panjang boleh berdiri, pasti kalau dia hayati semua itu, tidak ada kesanggupan berbuat begitu. Apatah lagi hanya dek kerana ehwal motor dan kereta. Sungguh tragis, dan tidak berperi kemanusiaan. Sekali lagi, isunya keseimbangan emosi dan intelek. Senget, tak berimbang. Intelek yang ringan, emosi lebih berat, penimbang versi lama sekonyong-konyong menyenget.

Di Sungai Petani, Anak gadis muda setahun lagi umur calon pmr, buat akuan sudah 4 kali hamil. Bermula pertama kali seawal 12tahun akibat dirogol. Kasihan tidak terperi buat gadis sekecil itu di perlaku demikian zalim. Ibu dan bapa bergaduhan kerana hal wang tidak mencukupi. Hati anak semakin celaru. Sudahlah menjadi mangsa jenayah rogol, ditambah lagi jenayah gangguan emosi dari ibu bapa sendiri. Dek kerana tiada yang menggiring, menuntun dengan makanan pendidikan rohani. Jiwa kosong dan gersang akhirnya tersalah pilih makanan. Kehausan ketenangan diselesaikan dengan cara bergelumang dengan rakan-rakan penghidu gam dan pelayan ganja. Kasihan sungguh, dek sengetnya pertimbangan dan perlakuan akibat sengetnya ilmu dan emosi.

Di Rawang lagi, seorang murid sekolah rendah terkujat-kujat apabila barang yang disangka kotak rokok bewarna merah rupanya janin bayi. Ini pasti akibat kesengetan juga. Susah hendak kata. Sudah macam budaya pula sekolah jadi tong sampah untuk janin-janin dan bayi-bayi yang tidak mahu diterima. Binatang pun tahu sayang anak sendiri. Sebabkan senget, manusia boleh jadi lebih dahsyat dari binatang.

Di Malaysia, sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti senget-benget berlaku. Baik yang terpampang mahupun yang tertanam. Bila kurang baca, begini lah jadinya. Tara baca punya orang, ungkapan begitu lebih mudah difahami dan dihayati. Bila pergi sekolah disuruh belajar, tapi yang dibuatnya main-main dan mengorat sana-sini, impaknya terjadilah perlakuan senget ala ketam berjalan. Lebih-lebih lagi yang mengajar ehwal berjalan senget itu bapa-bapa dan ibu-ibu ketam. Lahirlah keturunan-keturunan berbudaya ketam, senget berjalan.

Nun Jauh Di peran cis pula, pimpinan kita diberi penghargaan memberi ucaputama dalam persidangan pertubuhan pendidikan, saintifik, budaya bangsa-bangsa bersatu (unesco). Mempromosi gagasan satu malaysia satu formula sakti boleh mengamankan dunia. Katanya dengan konsep satu Malaysia itu, kondisi menjadi aman. Aduh, alangkah malunya bukan kepalang andai semua pemilik gegendang telinga yang mendengar ucaptama itu mengetahui senario hakiki seperti gambaran di atas. Gagasan itu memang cantik sekali dijadikan sebagai formula kesejahteraan. Sesuai konsep piagam madinah yang dilaksanakan oleh Muhammad Rasulullah. Konsep yang dituntut oleh pelaksana-pelaksana di Kelantan, telah lama dilaksanakan di negeri mereka.

Namun, jika sekadar kata-kata indah tanpa disusuli perlaksanaan istiqamah, konsep hanya akan tinggal konsep. Maka, pendidikan dan kefahaman tentang konsep harus di lebar luaskan lagi agar mesejnya menyerap disegenap hati-hati rakyat supaya ikhlas dalam aplikasi konsep. Harus diingat juga, pendidikan terbaik adalah pendidikan melalui tauladan. Penyampaian mesej melalui tindakan, amalan. Menggunakan strategi dakwah lisan al-hal berbanding lisan al-maqal. Atau mungkin orang kebanyakan lebih faham bahasa inggeris berbanding bahasa alquran iaitu “action speaks louder than words”. Penting untuk seimbangkan antara kata-kata dengan perbuatan. Kerna apabila kata-kata tidak berimbang dengan perlakuan, maka dacing akan senget-benget. Maka kondisi aplikasi tidak sinonim dengan kata-kata tercipta. Berlakulah kejadian yang dikisahkan tadi, menggambarkan keamanan yang disebabkan gagasan satu Malaysia sebagaimana yang dicanangkan masih dalam bentuk kata-kata, konsep-konsep. Senget lagi. Perlu diperhalusi, dikaji dan diambil tidakan supaya tidak senget.


“Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.” (ArRahman(55):9)






18 comments:
gravatar
saharul said...
7/10/09 7:05 PM  

dunia oh dunia.....macam2 lah...

Tu sepatutnya kat malaysia ni guna hukum hudud...baru takut org buat salah

gravatar
Tirana said...
8/10/09 5:15 AM  

Manusia menjadi semakin senget apabila mereka menjauhkan diri Quran dan Sunnah.

gravatar
Leenoh said...
8/10/09 7:16 AM  

Salam Tinta Kasturi.

Kekadang Allah memperlihatkan kejahilan manusia itu melalui kepandaian berkata-kata tetapi hakikatnya jahil.

Pandai mencipta slogan utk mendapatkan kepercayaan maka wujudlah slogan demi slogan, lahirnya pula bermusim.

Ibarat rotan yang lebih baik tidak digunakan, sebaliknya akar pula digunapakai.

Sebagai seorang Islam apakah panduan yang lebih baik selain daripada al.Quan dan Sunnah, jawapan yang diperolehi mungkin sama tetapi seperti kata anda tindakannya tidak sama. Wallahu aklam.

gravatar
tinta kasturi said...
8/10/09 10:19 AM  

cikgu jang
setuju tak bertepi..

kak tirana
setuju juga, tanpa nafi..

Pak ngah
betul betul betul..

sabda Rasululullah

"telah kutinggalkan kpdmu dua perkara, selama mana kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu TIDAK AKAN sesat selam-lamanya, kitaballah wa sunnata rasulih"

gravatar
Basuh Baju said...
8/10/09 6:41 PM  

budak2 ni nak kena basuh ni..hehe

gravatar
tinta kasturi said...
8/10/09 8:22 PM  

he he he..
hang paling layak basuh baju..
basuhkan pakaian minda depa..

gravatar
pecinta_Islam said...
9/10/09 3:07 AM  

salam..ada sesetengah pihak yang cakap..tengok la negara kita..aman damai..hidup harmorni..jadi sepatutnye kita sokong apa yang ada seratus peratus..sbnrnye mereka tidak nmpk di dalm keamanan itu terselit seribu kemusnahan akhlak,kekejaman dan macam2 lagi.x ckp isu bunuh,rogol,culik,dan macam2 lg yg pelik..kdng2 ibubapa hr ini ckp risau jika anak2 mereka di luar..takut rosak,takut dirogol,takut diculik dan macam2 lagi..jadi selamatkah negara kita??mungkin selamat pd mata kasar..tiada bom,tiada berperang menggunakan senjata..namun hakikatnye negara kita sbnrnye terdedah dngn bnyk ancaman..pemikiran,kesesatan,akhlakdan juga jenayah..kesimpulannya kembalilah kepada islam dan perlaksaannya

gravatar
Abd Razak said...
9/10/09 7:10 AM  

Salam...beginilah terjadinya bila rahmat Allah itu telah ditarik sedikit demi sedikit atas kemungkaran manusia itu sendiri menjadikan dunia ini begitu tidak selamat lagi utk diduduki...

gravatar
tinta kasturi said...
9/10/09 10:25 AM  

syah,
tepat dan benar sekali huraian, dikukuhkan lagi dengan firman

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Kami telah menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman, sedang manusia sekitarnya rampok-merampok. Maka mengapa (sesudah nyata kebenaran) mereka masih percaya kepada yang bathil dan ingkar kepada nikmat Allah?" (29:67)

Maka..

"Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" (5:50)

gravatar
tinta kasturi said...
9/10/09 10:28 AM  

abd razak,

"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (30:41)

semua kerosakan yg berlaku memberi tanda dan peringatan.

tanda dan peringatan utk kembali ke pangkal jalan.

kembali kpd aq dan sunnah.

gravatar
SiQaH HuSSiN said...
9/10/09 2:47 PM  

aii dunia ni mmg x pnh lekang dgn berita camni..setiap hari baca paper, mesti ada kes rogol, pecah rumah, bunuh org, pukul org..sampai anak bunuh mak pun ada..aiii apa nak jadi pun x tahulah..hanya mampu gelengkan kepala je..huhu

gravatar
tinta kasturi said...
9/10/09 4:15 PM  

salam cute,
akhirnya meninta juga diruang komentar,

yg dikomen tu pun satu hal lagi, budaya menyebarkan perkara negatif secara berleluasa,
kena difikirkan juga,
mungkinkah penyebaran perihal sampah-sarap ini melebar luaskan lagi pengaruh budaya buruk akhlaq tersebar,

macam membiarkan barang tak berkemas dirumah,
sampah-sampah yang penuh tak dibuang..

rimas, busuk, dan efek minda!

gravatar
hafiz zainuddin said...
9/10/09 8:45 PM  

haha senget sana sini... bukan lagi senget bang. dah tunggang terbalik atas bawah hahaha

gravatar
Muallim Adham said...
9/10/09 9:08 PM  

salam ziarah..

byk masalah sungguh la loni huhuhuhu

gravatar
tinta kasturi said...
9/10/09 10:25 PM  

terompah,
betul juga tu..

cikgu adham,
setiap masalah ada penyelesaian,
islam adalah penyelesaian kpd semua permasalahan

gravatar
Werdah said...
12/10/09 11:17 AM  

Salam,

Inilah fitnah dunia, bila tidak mahu belajar dan tak mahu diajar, nak tunggu nampak kesan di mata baru nak beriman..

Allah dah bagi 2 perkara utk diikuti tp nak ikut nafsu.. ntahlah rimas sungguh..

Mudah2an akhirnya mereka kembali kepada fitrah yg suci dan bertaubat.. amiin

gravatar
tinta kasturi said...
13/10/09 11:04 AM  

werdah,
sama-sama la kita

ingat-mengingat

gravatar
siti ajar bt yaakob said...
2/11/09 8:16 PM  

kenapa inseden yang senget2 ni semakin membuak2 ha...kat sekolah saya...kalau saya dapati pelajar senget, bila dikaji keluarganya mesti dah rebah....

Post a Comment