feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Robot

Labels:


Geli

Hari ini ada sesuatu yang mencuit perasaanku. Perutku terasa geli-geli. Perasaan seolah-olah happy yang tak berapa pasti. Yang penting, memang ada rasa geli. Mungkin geli tu bukan tempatnya diperut, tapi di hati. Geli hati. Aku tak berapa mengerti tentang emosi ini. Keliru. Aku kenal dia, tapi tak berapa kenal. Maksudnya aku tahu kegemaran dia, tapi nama dia aku tak ingat pun. Namun hari ini aku tekad untuk ingat. Sebab, kali ini aku geli. Sebelum ini, takdalah macam ini. Hari ini dia berjaya akhirnya. Kejayaannya itu yang membuat aku agak geli. Tapi bukan geli seperti dicucuk pinggang. Pegang belut pun bukan. Ini geli dari dalam. Terusik tanpa sentuhan fizikal. Kalau nak diikutkan, apa yang dia buat itu mungkin orang tak suka pun. Bahkan ada yang marah . Siap kena hukum lagi. Tapi aku tetap geli. Tak kiralah dia kena hukum atau tak. Tak peduli, sebab dia buat aku geli. Bukan sebab dia geletek aku. Sebab apa yang dia buat. Tak geli pun apa yang dibuat itu, bahkan boleh diklasifikasi dalam kategori gila. Tapi tetap aku geli walaupun dia buat gila. Sambil geli, ada sekelumit rasa happy terpercik dari hatiku. Ada seakan-akan perasaan happy untuk makan ayam percik yang aku beli di pasar ramadhan tadi. Tak banyak sangat, tapi ada. Aku yakin dia lebih seronok walaupun dia terpaksa korbankan RM 2000 untuk buat aku geli.

Robot yang lain

Aku bukan nak cerita sains fiksyen. Ini hanya salah satu strategi dari pelbagai lagi. Sejak tadi aku dah pasang niat. Kali ini aku mesti jaya. Dia bukanlah robot yang sebenar. Skru pun tiada. Tak tahulah pula kalau dia pernah patah-patah. Kalau begitu, mungkin dia ada skru. Aku tak pasti. Yang aku pasti, dia pun macam kita juga. Cuma kali ini hasrat aku mesti dipenuhi. Tiada siapa dan apa akan menghalang. Melainkan jika Allah mengkehendaki demikian. Waima dia bukan spesis robot, apa yang dibuat semacam robot. Bukan dari sudut perlakuan. tetapi spiritual. Berani macam robot. Bukan sebab robot berani, sebab robot tak tahu rasa takut mahupun berani. Fiil dia tak disertai takut, walaupun yang dibuatnya itu boleh mati. Robot yang lain kalau diterjemah dalam bahasa inggeris bagi orang-orang yang belajar separuh jalan boleh jadi 'a lain robot'. Seperti aku katakan tadi, ini bukan kisah fiksyen. Bukan robot, tapi teknik. Teknik memori. Bukan robot, tapi robert. Alain Robert, spiderman dari perancis itulah yang berjaya menghiburkan hatiku. Tak banyak, tapi ada.

Manfaat

Aku nak sambung lagi, tapi dah nak pergi. Pergi sebentar, doanya agar masih boleh kembali. Bukan nak pergi panjat macam dia. Itu dia. Ini aku. Dia lain. Aku lain. Korang? Aku tak peduli. Bukan tak peduli korang. Aku tak peduli, aku nak pergi. Sebelum aku pergi, walaupun catatan kali ini sedikit dan geli. Aku masih harap ada manfaat bagi pemikir-pemikir macam saudara-saudari. Setiap yang berlaku, samada pada diri mahupun orang lain, objek lain, kita sama-sama tengok pada sudut pelajarannya. Pelajaran yang baik-baik... Harap manfaat.





9 comments:
gravatar
Abu Aiman said...
3/9/09 4:24 AM  

apa yang alain robert tu buat kali sampai hang rasa geli-geli?

gravatar
tinta kasturi said...
3/9/09 10:44 AM  

entah la,, rasa gelihati campur sikit happy seperti yg dijelaskan.. he he. Sorry le kalau buat hang tak happy. ;D

gravatar
cahaya malam said...
3/9/09 5:43 PM  

salam..

buat saudara tinta kasturi,
seindah nama diberi,
tersusun ayat kalamullah di tepi,
membuat aku iri hati,
akan indahnya tinta illahi,
namun aku mengerti,
telah tercoret sejak azali,
Allah Maha mengetahui,

teruskan memuntahkan tinta2 di hati,
moga ketemu keredhaan illahi,
salam ziarah kepada mu tinta kasturi,
saudara islam sehidup semati,

*teruskan menghantar entri,
;)

salam ramadhan..
wassalam

gravatar
tinta kasturi said...
4/9/09 12:31 AM  
This comment has been removed by the author.
gravatar
tinta kasturi said...
4/9/09 12:42 AM  

buat cahaya malam..

Hadirmu ke taman kasturi,
sungguh bererti,
kata mu indah tidak terperi,
Citra panggilan jitu sekali,
menjadi cahaya menerangi,
Saat malam gelap sepi.

Rasa dihargai sanubari,
Nukilan ini ukiran naluri,
Aqli disisipi cahaya naqli,
Moga siddiq upaya ini,
suci tanpa dicemari,
bersama tuju redha ilahi.

Ayuh telusuri lorong ini,
Menyimbah cahaya dimalam hari.

Jemputlah datang lagi
(:

salam alaik.

gravatar
Abu Aiman said...
4/9/09 7:46 AM  

wahai akhi,
bukan itu maksud di hati,
masa komen tu belum baca berita lagi,
kini dah tahu apa yang terjadi,
robot yang satu tu panjat twin-tower lagi,
baru faham kenapa tuan tergeli-geli,
hehehe...

amacam, puitis jugak... ;)

gravatar
tinta kasturi said...
4/9/09 11:37 AM  

he he..

ya abu aiman
engkau sahabat engkau teman
Jutaan syukran sudi ke taman
geli ku ini makin tak tertahan
tatap nukilan bukan mainan
Membelai qalbu sungguh terkesan
Pantang kalah pandai melawan
Membuat jiwa bergetaran
Bakat teserlah citra seniman
terima kasih wahai teman
Buat diriku mengukir senyuman
Orang perseorangan..

Datanglah selalu mewangi taman
Mohon seri hati teman

Dah, jgn lebih-lebih, man man

he he
Puitis mu itu boleh tahan! Mcm seniman!

;D

gravatar
Relevan said...
5/9/09 3:21 PM  

Salam ..

Gayat ke geli ni..? Slamat berkenalan tinta kasturi..terima kasih atas kunjungan..

gravatar
tinta kasturi said...
6/9/09 12:14 AM  

terima kasih kembali

Aku suka relevan!

;)

Post a Comment