feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Ramadan

Labels: ,

ramadan
hadirmu dinanti
pergimu dirindui
andai tahu erti hakiki
700 tahun tinggi
700 tahun sepi
pasti getar dan gentar hati

ramadan
panas terik tak terperi
turunlah air penyejuk bumi
turun dari langit ilahi
awanan dihembus bayu
memercik renjis titis-titis
hinggapi bumi tandus
gersang petunjuk ilahi
hidupkan hati mati
kebuluran santapan rohani
ubati lapar dan khauf
dari rob hazal bait

ramadan
perjuangan insan tuju syawal
hari insan kembali fitrah
kemenangan sejati
walau karihal kafirun
walau karihal musyrikun
walau karihal fasiqun
walau karihal munafiqun

ramadan
janji allah pasti
berkat tarbiyah ilahi robbi
puasa membentuk jati diri
fungsi insan khalifah fil ardhi
duplikasi saum tak asing lagi
ummat dahulu telah kembali
dipimpin rasul ulul azmi
Nuh Ibrahim Musa Isa Muhammad
adakah kita mengerti
saum mereka sangat bererti

ramadan
sunnah yg pasti berulang
fitrah yg tidak berubah
membawa kemenangan hakiki
walau karihal kafirun
cukup Allah sebagai saksi

ramadan
alquran diturun paksi solusi
neutralisasi terik kondisi
ayuh, mari kembali
tuju fitrah insani
cipta generasi qurani!
bentuk generasi qurani!
pertahan generasi qurani!
kekuatan infiniti
keutuhan tanpa sangsi
langit tanpa tiang
gunung pasak bumi
hanya bagi yang mengerti

ramadan
punya malam gemilang
malam punya kadaran
cemerlang banding 1000 bulan
detik afdhal bagi amal
hanya satu malam
hanya satu malam
rebutlah jangan henti
pantang lemah asa diri
walau aral kian jadi

ramadan
kegelapan ada hadnya
Sekarang masa untuk siang
berlalulah malam
tidak sama malam dan siang
tidak sama buta dan celik
tidak sama jahil dan ilmu
tidak sama duduk dan bangun

ramadan
malam berlalu siang mendatang
bumi cerah kembali

menyambut idul fitri
hasil alquran direalisasi
tidak menyentuh melain suci
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
(adakah kita mengerti?)
wa lillahil hamd...


Read More..



Andai Ku Tahu

Labels:

Ungu - Andai Ku Tahu

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
kapan tiba massaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku

(Chorus)

aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

mungkin tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

ampuni aku
dari segala dosa2 ku
ampuni aku
menagis minta tobat PadaMu

aku manusia
yg takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

Read More..



Adun dun dun..(don't)

Hari ini terpampang dalam suratkhabar tajuk utamanya mengenai ADUN kawasan Lunas, Mohd Radzi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) seterusnya mengumumkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan melepaskan semua jawatan-jawatan dalam parti. Manakala jawatannya sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri tidak dilepaskan.
Aku bukanlah orang yang arif sangat tentang hal-hal politik ni, bukan juga coretan ini untuk menunjuk sokongan kepada mana-mana pihak, tetapi lebih kepada persepsi diri dari kacamata umum tentang kaedah perlaksanaan kepimpinan demokrasi yang berlaku di negara kita. Kita mulakan dengan kaedah pemilihan pimpinan satu-satu kawasan melalui pilihanraya. Yang bertanding adalah si pulan bin si pulan atas nama parti sekian-sekian. Satu persoalan yang ada dibenak minda aku ialah si pulan bin si pulan bertanding itu mewakili siapa? diri diakah? atau partinya kah? Bila dia menang bertanding, adakah dia menang secara individu, ataupun kemenangan bersama atau lebih tepatnya kemenangan parti yang diwakilinya?
Disebabkan ada kisah yang terdekat, kita khususkan soalan tersebut agar lebih terang kefahamannya, apabila Mohd Radzi Salleh menang di Lunas, adakah dia menang secara peribadi? atau PKR yang menang? Adakah apabila dia keluar parti, dia layak lagi duduk di mimbar amir ADUN Lunas?
Kalau secara perundangannya, dia mewakili dirinya sendiri, aku tak setuju dan berprinsip ada kesilapan disitu, garisan pertimbangannya bengkang-bengkok, tidak segak! Kalau dia bertanding atas platform PKR, kemenangan dia sepatutnya dimiliki PKR, kerusi yang diduduki itu kerusi PKR, bukan dirinya, maka kalau dia keluar parti, dia seharusnya tidak layak lagi duduk di situ, sebab yang menang kerusi itu adalah PKR bukan dirinya. Bukankah begitu pertimbangan yang lebih rasional? yang lebih bertamadun?
Aku bukanlah arif tentang hal ini, tapi aku punya persepsi yang bercanggah dengan apa yang aku lihat, kalian bagaimana? Mungkin juga kalian ada persepsi yang lebih baik dari aku. Tapi, itulah coretan aku. Ilham aku yang lemah dan kerdil ini. Sistem yang berlaku sekarang ini pada aku mencipta manusia-manusia individualistik yang sanggup mengenepikan kepentingan bersama demi kepentingan peribadi, sanggup membelakangkan sahabat, demi menyelamatkan diri sendiri dan lain-lain sikap kacang lupakan kulit. Kalau diperingkat kepimpinan dicetak sedemikian rupa, begitulah juga cerminan sistem pembentukan sumber daya insan kita diconteng dengan warna pendidikan individualisme. Slogan yang dilaungkan cukup indah SATU MALAYSIA, menggambarkan kesatupaduan, bekerjasama tidak mengenal bangsa, namun hakikatnya rakyatnya diukir dengan SENI BINA INDIVIDUALISME secara berleluasa.
Itulah catatan minda yang telah datang sebelum ini lagi, kini ditulis untuk fikiran bersama, generasi-generasi yang bakal meneruskan hidupnya di muka bumi Allah yang sangat indah ini. Tentu yang terbaik adalah dari Tuhan Pencipta kita juga, dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.. Kita kembalikan segala urusankita kepada Dia. Mari sama-sama kita referensikan diri kita kepada ayat-ayat Nya

"Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" (5:50)

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya." (4:60)
Read More..



Ahlan wa sahlan Romadhan al-Mubarak

Labels: ,

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.(2:184-187)


Rasulullah saw bersabda

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dalam perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan dan minumnya" (Hadis Riwayat Muslim)

"Bukan dinamakan berpuasa dengan hanya meninggalkan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia dan keji" (Hadis menurut Sahih Muslim)

"Makan sahur itu berkat, oleh itu jangan kamu meninggalkannya walaupun dengan meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang bersahur dan malaikat mendoakannya"
"Barangsiapa mengerjakan puasa dengan penuh keimanan dan pengharapan, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
" Puasa itu menjadi perisai. Apabila seseorang dari kamu berpuasa maka dia tidak boleh bercakap kotor dan membuat maksiat. Apabila seseorang ingin mencacinya dan mengajak bergaduh, hendaklah dia mengatakan "Sesungguhnya aku sedang berpuasa" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah" (Riwayat Abu Hurairah)
"Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi mereka itu tidak lain, hanya mendapat lapar dan dahaga"
Bulan yang mulia, penuh keberkatan. Masanya dinanti. Perginya dirindui. Ramai yang punya azam yang kuat seperti tahun-tahun sebelumnya "Bulan puasa ini, aku mesti lakukan yang terbaik, amalan maksima, tak nak miss tarawih". Begitulah senario kedatangan bulan ramadan. Semoga penghayatan bulan ramadan ini, memberi impak mendalam pada diri. Merealisasikan misi siyam untuk membentuk pekerti mithali, menjadi insan bertaqwa. Taqwa, ya, taqwalah antara tujuan puasa itu dituntut. "... agar kamu bertaqwa" (2:183).





Read More..



datuk oh datuk

Labels: ,


Lee Chong Wei dapat datuk sebab menang badminton. Ramai yang sokong, ramai juga yang nak potong. Gaduh-gaduh, bising-bising. Misbun punya cerita pulak. Bagi , tak bagi, dapat, tak dapat. Dapat... Baguslah tu. Dah, jangan gaduh-gaduh. Lepas ni siapa yang menang, dapat? Jurulatih sekali dapat? Dah, jenuh. Semua orang nak main badminton, usaha gigih dan sungguh-sungguh berbaloi. Sebab datuk punya hal. Baguslah tu. Motivasi kepada atlet untuk menang. Sukan lain macam mana? Ping pong, tembak-menembak, bowling, ada jugak ke? Wah bestnya.

Peringkat antarabangsa je lah kut yang wajar. Ye dak. Ntah le.. Kalau Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa macam mana pulak ye? Sharifah Khasif Fadzilah. Dapat kah? Ada yang bising-bising nak bagi datuk kah? Tak de pulak ye.. he he. Saja nak pecah minda. Sayang nya . Patut ke dapat? Dapat ke patut? Ntah le.. Biaq depa gaduh-gaduhkan. Ramai pulak ke yang nak berdendang dengan ayat2 Allah untuk dapat datuk nanti. Bagus lah tu? Bagus ke? Ntah le.. Lu pikirlah sendiri.. Yang jelas nampak kat sini, antara baadminton dan tilawah al-quran mana yang lebih digalakkan, mana yang lebih ditinggikan.

Datuk oh Datuk..
Read More..



Jangan lupa lirik

Satu lagi rancangan menarik dan kreatif oleh idola hiburan tidak asing tanahair kita, Hj Aznil Nawawi. Rancangan ini memang best, menghiburkan tidak kurang mencuit hati para penonton yang menggemarinya. Pelbagai aksi dan telatah para peserta yang dapat dilihat, tidak kurang juga ragam para penonton yang asyik mengikuti perkembangan rancangn ini. Semuanya penuh dengan warna warni gelagat-gelagat manusia yang fitrahnya suka dengan hiburan. Hanya dengan melirik lagu, seorang peserta yang mungkin hanya ada spm sahaja, bekerja sebagai mat despatch sahaja mampu menjadi jutawan. Kalau tidak jutawan pun, dapat la juga duit dengan hanya bermodalkan air liur dan memori terhadap lirik lagu. Suara bukan sandaran kemenangan, tapi yang penting lirik kena tepat, sepatah pun jangan silap.

Pengalaman aku tentang mengingat lagu mengimbau masa aku kecik-kecik dulu. Masa tu baru sekolah rendah. Memang aku dan adik beradik lain dahsyat bab ingat lagu ni, siap terpekik terlolong dalam kereta menyanyi. Bila dah besar sikit, memang aku tengok orang-orang pandai ni, salah satu perangai diorang kuat nyanyi (hafal lirik siap) ** orang tu termasuk la aku.. he he.. jangan mare semua.. Tapi itu realiti antara yang aku perhatikan, namun tidak semestinya begitu. Jadi yang nak dikata kat sini terkait dengan rancangan aznil tu, memang bagus jugaklah amalan menyanyi sambil mengingati lirik lagu ** yang asli ye, bukan ikut sedap mulut je (masa kecik dulu, siap marah atau tegur kalau tersilap lirik).

Sebenar-benarnya, aku tersentuh dengan rancangan ini sebab tajuk rancangan ini "jangan lupa lirik", kalau lupa kalah / tewas / tak dapat duit / malu / tak yakin dengan jawapan dan diri sendiri dan lain-lain. Tajuk ni seakan-akan suatu nasihat atau pesan. Yang jadi besarnya aku terkesan kat sini ialah bila lirik tu aku suka untuk kaitkan dengan ayat-ayat Allah ataupun hadis-hadis rasulullah. MasyaAllah, kan bagus ramai yang nampak benda ni, sibuknya orang menghafal lirik lagu nak jadi jutawan, tapi tak ramai yangg sibuk nak dapat syurga Allah dengan menghafal lirik-lirik dalam kitab Allah. Subhanallah, indahnya pandangan yang Allah ilhamkan ni. Jadi, kalau orang islam lupa lirik sendiri, memang susah nak kaya, memang susah nak menang, memang susah susah susah je je la orang islam..

Astaghfirullahal 'azim.. atas kealpaan hamba-hamba mu ini, moga kami terus diberkati atas ilham, petunjuk yang Engkau kurniai. Amin.. Mari sesama kita ingat " JANGAN LUPA LIRIK "
Read More..



H1N1

Labels: ,

Topik ini antara yang paling hangat dikatakan sekarang ini. Ancaman H1N1 ini menjadi igauan kepada semua lapisan masyarakat apabila peningkatan kesnya semakin menjadi-jadi. Sehingga hari ini sahaja di malaysia, sebanyak 4225 kes telah dilaporkan dengan 184 daripadanya mendapatkan rawatan di hospital, 33kes di ICU dan 64 daripadanya adalah kes kematian. Sementara di peringkat global, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencatatkan sebanyak 177,457 kes dengan 1462 kes daripadanya melibatkan kematian. Jumlah tertinggi kes setakat ini adalah di Amerika iaitu sebanyak 102905 kes dengan 1274 darinya adalah kes kematian. Rekod ini disusuli oleh Eropah sebanyak lebih 32000 kes dilaporkan dengan hanya 53 kes kematian. Kawasan yang terendah menghadapi anacaman ini setakat ini adalah di bahagian Afrika iaitu sebanyak 591 kes dilaporkan.

Walaupun wabak selsema babi atau Influenza A (H1N1) ini menampakkan penyebaran yang sangat cepat dan meluas, namun kes ini masih lagi diklasifikasikan sebagai keterukan yang sederhana "moderate severity" oleh sebab kes-kes yang dilaporkan telah sembuh mencatatkan jumlah dan peratusan yang sangat tinggi hatta terdapat kes penyembuhan tanpa sebarang rawatan biasanya dalam tempoh seminggu daripada mulanya dijangkit

Antara pesanan-pesanan yang diingatkan oleh kerajaan untuk mencegah dari dijangkiti adalah dengan memakai topeng muka, sentiasa menjaga kebersihan diri terutamanya dengan kerap mencuci tangan dan mengelakkan aktiviti sosial. Selain itu beberapa hospital telah dilantik untuk menjalankan ujian pengesahan H1N1 selain dengan memperketatkan kawalan disempadan seperti di lapangan-lpangan terbang. Sekolah-sekolah atau institusi pengajian yang di 'serang' oleh organisma seni juga ditutup untuk tempoh tertentu sekiranya terdapat bebereapa kes yang disahkan.

Walaupun kelihatan tindakan telah diambil, namun respon yang dilihat atau didengari daripada beberapa orang kenalan mendapati suatu yang mengelirukan dan tidak jelas terutama bagi pesakit-pesakit yang mengalami simptom dan ingin buat pemeriksaan. Tidak mahu bercerita panjang tentang perkara tersebut, cuma kesimpulannya di sini dapat digariskan : tindakan yang diambil tidak seiring dengan seriusnya penularan wabak ini, atau rakyat perlu lebih difahamkan lagi tentang H1N1 ini dengan lebih komprehensif.

Satu yang saya nampak terlupa untuk dipesan kepada rakyat jelata dalam menghadapi musuh yang tak kelihatan dek mata kasar ini, adalah untuk meninggikan status pertahanan diri. Ini yang tak dipesan! Dari fakta yang dipetik dari laman web WHO berbunyi " This pandemic is currently referred to as of “moderate” severity, with the overwhelming majority of patients recovering, even without medical treatment, within a week of the onset of symptoms." menunjukkan dengan sistem imun yang kuat, badan mampu melawan virus ini sehingga kembali sembuh walaupunn tidak mendapatkan rawatan secara rasmi (rawat diri sendiri). Fakta ini juga disokong oleh pengalaman diri saya sendiri telah mengalami simptom denggi tapi tidak pergi mendapatkan rawatan di hospital. Rawatannya minum air kosong sebanyak-banyaknya dan makan sup ketam. Alhamdulillah, sembuh.

Jadi, pesan saya, marilah kita sama-sama mengambilkan satu lagi tindakan dalam menangani isu 'makhluk halus' ini dengan MENGUATKAN TUBUH BADAN! Cara-caranya ada banyak, antaranya adalah pemakanan. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya yang sering dikaitkan dengan penyembuhan (belum disahkan secara saintifik) contohnya minum air kelapa, makan epal hijau. Selain daripada itu, mengambil supplemen seperti pil bawang putih, spirulina, proviton (multivitamin + ginseng). Selain itu, mengamalkan pemakanan madu juga baik untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Untuk meningkatkan sistem perkumuhan (membuang benda-benda tidak elok dalam badan) eloklah dengan cara mengamalkan minum air kosong (air ro terbaik) dengan sebanyak dan sekerap yang mungkin. Tidak mengapa kalau selalu ke tandas. Disamping pemakanan, senaman yang kerap dan konsisten juga dapat membantu menguatkan daya tahan badan. Jangan lupa yang terpenting, kekuatan mental dengan mengamalkan amalan-amalan solat, mengaji, zikir-zikir harian dan sentiasa berdoa agar selalu dalam keadaan yang salam. Allahumma antas salam, wailaika ya'udussalam..

Pesan ini tidak dipesan kepada ramai warga kita, maka pesan-pesankanlah moga manfa'at. Selamat Bertindak.. bukan untuk H1N1 sahaja, untuk terus-terus diamalkan. salam.
Read More..



Kasturi

He he.. setelah kurang lebih sebulan dua minggu dari tarikh coretan awal aku di blog ini, baru aku mahu teruskan untuk coretan yang keduanya. Jaraknya agak panjang, tapi tahniah untuk diri aku yang masih ada keinginan untuk terus menulis menulis dan menulis. Moga ia menjadi perlakuan yang bermanfaat sekurang-kurangnya buat diri aku sendiri.

Sambungan dari coretan pertama sebagai mukaddimah, tentang kasturi. Kasturi adalah sejenis haruman atau lebih dikenali dalam bahasa inggeris sebagai 'musk'. Ia berasal dari cecair yang dikeluarkan oleh musk deer. Pada zaman silam, wangian ini hanya dipakai oleh golongan-golongan bangsawan dan kerabat-kerabat di raja. Sehingga hari ini, ia digunakan sebgai kandungan utama dalam wangian berjenama, dan mempunyai nilai harga yang tinggi.

Tinta kasturi adalah simbolik kepada penulisan yang mewangi, yang mampu menyegarkan minda setiap pembaca dengan aroma yang mengasyikkan. Itu hajat yang ingin aku capai dalam setiap penulisanku. Selamat membaca. Read More..