Ramadan
ramadan
hadirmu dinanti
pergimu dirindui
andai tahu erti hakiki
700 tahun tinggi
700 tahun sepi
pasti getar dan gentar hati
ramadan
panas terik tak terperi
turunlah air penyejuk bumi
turun dari langit ilahi
awanan dihembus bayu
memercik renjis titis-titis
hinggapi bumi tandus
gersang petunjuk ilahi
hidupkan hati mati
kebuluran santapan rohani
ubati lapar dan khauf
dari rob hazal bait
ramadan
perjuangan insan tuju syawal
hari insan kembali fitrah
kemenangan sejati
walau karihal kafirun
walau karihal musyrikun
walau karihal fasiqun
walau karihal munafiqun
ramadan
janji allah pasti
berkat tarbiyah ilahi robbi
puasa membentuk jati diri
fungsi insan khalifah fil ardhi
duplikasi saum tak asing lagi
ummat dahulu telah kembali
dipimpin rasul ulul azmi
Nuh Ibrahim Musa Isa Muhammad
adakah kita mengerti
saum mereka sangat bererti
ramadan
sunnah yg pasti berulang
fitrah yg tidak berubah
membawa kemenangan hakiki
walau karihal kafirun
cukup Allah sebagai saksi
ramadan
alquran diturun paksi solusi
neutralisasi terik kondisi
ayuh, mari kembali
tuju fitrah insani
cipta generasi qurani!
bentuk generasi qurani!
pertahan generasi qurani!
kekuatan infiniti
keutuhan tanpa sangsi
langit tanpa tiang
gunung pasak bumi
hanya bagi yang mengerti
ramadan
punya malam gemilang
malam punya kadaran
cemerlang banding 1000 bulan
detik afdhal bagi amal
hanya satu malam
hanya satu malam
rebutlah jangan henti
pantang lemah asa diri
walau aral kian jadi
ramadan
kegelapan ada hadnya
Sekarang masa untuk siang
berlalulah malam
tidak sama malam dan siang
tidak sama buta dan celik
tidak sama jahil dan ilmu
tidak sama duduk dan bangun
ramadan
malam berlalu siang mendatang
bumi cerah kembali
menyambut idul fitri
hasil alquran direalisasi
tidak menyentuh melain suci
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
(adakah kita mengerti?)
wa lillahil hamd...
Wednesday, August 26, 2009 | 0 Comments
Andai Ku Tahu
Ungu - Andai Ku Tahu
Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku
Andai Ku tahu
kapan tiba massaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku
(Chorus)
aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
mungkin tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu
ampuni aku
dari segala dosa2 ku
ampuni aku
menagis minta tobat PadaMu
aku manusia
yg takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga
Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu
Read More..
Tuesday, August 25, 2009 | 0 Comments
Adun dun dun..(don't)
"Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" (5:50)
"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya." (4:60)
Monday, August 24, 2009 | 0 Comments
Ahlan wa sahlan Romadhan al-Mubarak
Rasulullah saw bersabda
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dalam perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan dan minumnya" (Hadis Riwayat Muslim)
"Bukan dinamakan berpuasa dengan hanya meninggalkan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia dan keji" (Hadis menurut Sahih Muslim)
Wednesday, August 19, 2009 | 0 Comments
datuk oh datuk
Peringkat antarabangsa je lah kut yang wajar. Ye dak. Ntah le.. Kalau Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa macam mana pulak ye? Sharifah Khasif Fadzilah. Dapat kah? Ada yang bising-bising nak bagi datuk kah? Tak de pulak ye.. he he. Saja nak pecah minda. Sayang nya . Patut ke dapat? Dapat ke patut? Ntah le.. Biaq depa gaduh-gaduhkan. Ramai pulak ke yang nak berdendang dengan ayat2 Allah untuk dapat datuk nanti. Bagus lah tu? Bagus ke? Ntah le.. Lu pikirlah sendiri.. Yang jelas nampak kat sini, antara baadminton dan tilawah al-quran mana yang lebih digalakkan, mana yang lebih ditinggikan.
Datuk oh Datuk..
Wednesday, August 19, 2009 | 0 Comments
Jangan lupa lirik
Pengalaman aku tentang mengingat lagu mengimbau masa aku kecik-kecik dulu. Masa tu baru sekolah rendah. Memang aku dan adik beradik lain dahsyat bab ingat lagu ni, siap terpekik terlolong dalam kereta menyanyi. Bila dah besar sikit, memang aku tengok orang-orang pandai ni, salah satu perangai diorang kuat nyanyi (hafal lirik siap) ** orang tu termasuk la aku.. he he.. jangan mare semua.. Tapi itu realiti antara yang aku perhatikan, namun tidak semestinya begitu. Jadi yang nak dikata kat sini terkait dengan rancangan aznil tu, memang bagus jugaklah amalan menyanyi sambil mengingati lirik lagu ** yang asli ye, bukan ikut sedap mulut je (masa kecik dulu, siap marah atau tegur kalau tersilap lirik).
Sebenar-benarnya, aku tersentuh dengan rancangan ini sebab tajuk rancangan ini "jangan lupa lirik", kalau lupa kalah / tewas / tak dapat duit / malu / tak yakin dengan jawapan dan diri sendiri dan lain-lain. Tajuk ni seakan-akan suatu nasihat atau pesan. Yang jadi besarnya aku terkesan kat sini ialah bila lirik tu aku suka untuk kaitkan dengan ayat-ayat Allah ataupun hadis-hadis rasulullah. MasyaAllah, kan bagus ramai yang nampak benda ni, sibuknya orang menghafal lirik lagu nak jadi jutawan, tapi tak ramai yangg sibuk nak dapat syurga Allah dengan menghafal lirik-lirik dalam kitab Allah. Subhanallah, indahnya pandangan yang Allah ilhamkan ni. Jadi, kalau orang islam lupa lirik sendiri, memang susah nak kaya, memang susah nak menang, memang susah susah susah je je la orang islam..
Astaghfirullahal 'azim.. atas kealpaan hamba-hamba mu ini, moga kami terus diberkati atas ilham, petunjuk yang Engkau kurniai. Amin.. Mari sesama kita ingat " JANGAN LUPA LIRIK "
Tuesday, August 18, 2009 | 0 Comments
H1N1
Topik ini antara yang paling hangat dikatakan sekarang ini. Ancaman H1N1 ini menjadi igauan kepada semua lapisan masyarakat apabila peningkatan kesnya semakin menjadi-jadi. Sehingga hari ini sahaja di malaysia, sebanyak 4225 kes telah dilaporkan dengan 184 daripadanya mendapatkan rawatan di hospital, 33kes di ICU dan 64 daripadanya adalah kes kematian. Sementara di peringkat global, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencatatkan sebanyak 177,457 kes dengan 1462 kes daripadanya melibatkan kematian. Jumlah tertinggi kes setakat ini adalah di Amerika iaitu sebanyak 102905 kes dengan 1274 darinya adalah kes kematian. Rekod ini disusuli oleh Eropah sebanyak lebih 32000 kes dilaporkan dengan hanya 53 kes kematian. Kawasan yang terendah menghadapi anacaman ini setakat ini adalah di bahagian Afrika iaitu sebanyak 591 kes dilaporkan.
Walaupun wabak selsema babi atau Influenza A (H1N1) ini menampakkan penyebaran yang sangat cepat dan meluas, namun kes ini masih lagi diklasifikasikan sebagai keterukan yang sederhana "moderate severity" oleh sebab kes-kes yang dilaporkan telah sembuh mencatatkan jumlah dan peratusan yang sangat tinggi hatta terdapat kes penyembuhan tanpa sebarang rawatan biasanya dalam tempoh seminggu daripada mulanya dijangkit
Antara pesanan-pesanan yang diingatkan oleh kerajaan untuk mencegah dari dijangkiti adalah dengan memakai topeng muka, sentiasa menjaga kebersihan diri terutamanya dengan kerap mencuci tangan dan mengelakkan aktiviti sosial. Selain itu beberapa hospital telah dilantik untuk menjalankan ujian pengesahan H1N1 selain dengan memperketatkan kawalan disempadan seperti di lapangan-lpangan terbang. Sekolah-sekolah atau institusi pengajian yang di 'serang' oleh organisma seni juga ditutup untuk tempoh tertentu sekiranya terdapat bebereapa kes yang disahkan.
Walaupun kelihatan tindakan telah diambil, namun respon yang dilihat atau didengari daripada beberapa orang kenalan mendapati suatu yang mengelirukan dan tidak jelas terutama bagi pesakit-pesakit yang mengalami simptom dan ingin buat pemeriksaan. Tidak mahu bercerita panjang tentang perkara tersebut, cuma kesimpulannya di sini dapat digariskan : tindakan yang diambil tidak seiring dengan seriusnya penularan wabak ini, atau rakyat perlu lebih difahamkan lagi tentang H1N1 ini dengan lebih komprehensif.
Satu yang saya nampak terlupa untuk dipesan kepada rakyat jelata dalam menghadapi musuh yang tak kelihatan dek mata kasar ini, adalah untuk meninggikan status pertahanan diri. Ini yang tak dipesan! Dari fakta yang dipetik dari laman web WHO berbunyi " This pandemic is currently referred to as of “moderate” severity, with the overwhelming majority of patients recovering, even without medical treatment, within a week of the onset of symptoms." menunjukkan dengan sistem imun yang kuat, badan mampu melawan virus ini sehingga kembali sembuh walaupunn tidak mendapatkan rawatan secara rasmi (rawat diri sendiri). Fakta ini juga disokong oleh pengalaman diri saya sendiri telah mengalami simptom denggi tapi tidak pergi mendapatkan rawatan di hospital. Rawatannya minum air kosong sebanyak-banyaknya dan makan sup ketam. Alhamdulillah, sembuh.
Jadi, pesan saya, marilah kita sama-sama mengambilkan satu lagi tindakan dalam menangani isu 'makhluk halus' ini dengan MENGUATKAN TUBUH BADAN! Cara-caranya ada banyak, antaranya adalah pemakanan. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya yang sering dikaitkan dengan penyembuhan (belum disahkan secara saintifik) contohnya minum air kelapa, makan epal hijau. Selain daripada itu, mengambil supplemen seperti pil bawang putih, spirulina, proviton (multivitamin + ginseng). Selain itu, mengamalkan pemakanan madu juga baik untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Untuk meningkatkan sistem perkumuhan (membuang benda-benda tidak elok dalam badan) eloklah dengan cara mengamalkan minum air kosong (air ro terbaik) dengan sebanyak dan sekerap yang mungkin. Tidak mengapa kalau selalu ke tandas. Disamping pemakanan, senaman yang kerap dan konsisten juga dapat membantu menguatkan daya tahan badan. Jangan lupa yang terpenting, kekuatan mental dengan mengamalkan amalan-amalan solat, mengaji, zikir-zikir harian dan sentiasa berdoa agar selalu dalam keadaan yang salam. Allahumma antas salam, wailaika ya'udussalam..
Pesan ini tidak dipesan kepada ramai warga kita, maka pesan-pesankanlah moga manfa'at. Selamat Bertindak.. bukan untuk H1N1 sahaja, untuk terus-terus diamalkan. salam.
Read More..
Tuesday, August 18, 2009 | 0 Comments
Kasturi
He he.. setelah kurang lebih sebulan dua minggu dari tarikh coretan awal aku di blog ini, baru aku mahu teruskan untuk coretan yang keduanya. Jaraknya agak panjang, tapi tahniah untuk diri aku yang masih ada keinginan untuk terus menulis menulis dan menulis. Moga ia menjadi perlakuan yang bermanfaat sekurang-kurangnya buat diri aku sendiri.
Sambungan dari coretan pertama sebagai mukaddimah, tentang kasturi. Kasturi adalah sejenis haruman atau lebih dikenali dalam bahasa inggeris sebagai 'musk'. Ia berasal dari cecair yang dikeluarkan oleh musk deer. Pada zaman silam, wangian ini hanya dipakai oleh golongan-golongan bangsawan dan kerabat-kerabat di raja. Sehingga hari ini, ia digunakan sebgai kandungan utama dalam wangian berjenama, dan mempunyai nilai harga yang tinggi.
Tinta kasturi adalah simbolik kepada penulisan yang mewangi, yang mampu menyegarkan minda setiap pembaca dengan aroma yang mengasyikkan. Itu hajat yang ingin aku capai dalam setiap penulisanku. Selamat membaca.
Read More..
Tuesday, August 18, 2009 | 0 Comments